ensiyahmuhammad

Tuesday, July 11, 2017

Julai Dah

Assalamualaikum

Ihiks. belum habis lagi cerita April yang aku balik kampung kat Kelantan tu. Tau tau sekarang post aku Julai pulak. ihiks. 

Susah nak konsisten menulis sekarang ni. makin lagi menyukarkan aku nak konsisten menulis bila dah ada khalifah kecil. hee. Alhamdulillah, aku dah selamat beranak 29 Jun 2017 di Hospital Ampang. Allah mudahkan urusan bersalin. 

Masa memula aku dah bersalin tu, Kakak aku cakap, aku bersalin sangat senang. Huhu. Memula aku tak paham apa maksud aku bersalin 'senang'. Sedangkan masa tu aku rasa nak tercabut nyawa aku masa kat dalam labour room. Tapi aku mulai paham maksud 'senang' tu, bila aku tengok keadaan sekeliling. Rupa-rupanya, bila kita nak bersalin ni, bukannya semua orang, terus sakit and terus boleh bersalin. 

Ada macam-macam kes, yang kalau aku tak bersalin, mungkin aku takkan paham. 
Contoh:-
1 - ada orang bukaan dah 1cm, nak tunggu bukaan yang seterusnya, ada yang berjam. ada yang berhari. ada yang berminggu. ada yang tak bukakbukak end up kena bedah. (Nak bersalin, bukaan kena 10cm, yang sepatutnya setiap 1 jam akan terbuka 1cm)

2 - ada orang yang dijangka bersalin pada tarikh sekian sekian, tapi dah 2 hari melepasi tarikh tu pun, belum ada lagi tanda tanda nak bersalin. 

3 - ada orang dalam labour room, teran punya teran, baby tak jugak keluar keluar. end up ada risiko jantung baby lemah. kena cepatcepat buat pembedahan untuk keluarkan baby. 

MasyaAllah, kalau nak cerita satu satu punya situasi, memang pelbagai. Patutla Allah berfirman ibu yang meninggal waktu melahirkan, akan dikira syahid. Memang nyawa jadi taruhan.

Dalam labour room, waktu contraction berlaku, aku bersyukur sangat ada suami kat sebelah aku. yang tak bentibenti bagi semangat, tenangkan aku. Duludulu, masa orang cakap, sakit senggugut tu cuma intro sikit je dari sakit bersalin. aku tak dapat nak bayangkan macam mana. Tapi, bila aku dah rasai sendiri. Masa tu cuma satu je aku harapkan, BUATLAH APA PUN JANJI BABY CEPAT KELUAR DAN AKU TAK RASA DAH SAKIT NI. memang masa tu, kalau doc kata nak bedah pun, aku relakan saja. Tapi alhamdulillah, aku bersalin normal. dan kalau orang tanya, nak tambah adik tak? oh my. aku masih trauma lagi. let me rest please. hehehee

Aku bersyukur sangat Allah berikan rezeki mengandung, bersalin, now aku berpantang, jaga anak. dll Every stages of life really teach me many things. 

Since now aku dalam fasa berpantang.... satu je aku boleh cakap.. ---- tolong jaga emosi orang yang dalam pantang. MEROYAN is really real. 

Dekat luar hujan, suami aku tengah tidur. anak aku pun tengah tidur. aku rasa nak menulis.
dapat tulis sikit ni pun. aku rasa puas hati dah. aku harap lepas ni, aku dapat tulis pengalaman bersalin. 

sangat puas hati bila dapat menulis. serius. 

p/s: dalam waktu mustajab doa ni, doakan aku dapat kerja. huhu

No comments: