ensiyahmuhammad

Thursday, April 6, 2017

April Tiba !

H E L L O !

Alhamdulillah, sampai sudah kita di bulan April 2017. ada lagi lapan bulan sebelum 2017 berakhir. 

Pada saat dan ketika ini, aku dengan tak malu dan segan silunya, sedang menggunakan dekstop dan internet di ruang tamu rumah mertua. huhu Iyelah, aku dah benti kerja 31hb Mac 2017, maka, aku tak rasa ada keperluan nak usung laptop ke sana ke mari. Dari hari Isnin 3 April aku dah berada di sini. Seronok juga balik kampung lamalama. Almaklumlah, sebelum ni aku takde kampung, ni dah kahwin, ada kampung, cuticuti merasa la nikmat balik kampung. hihi

Nikmat yang paling ketara dan aku sangatsangat suka, dekat sini ada pantai. Allahu, cantiknya tengok air. hijau biru airnya. Nak harapkan dekat KL, pantai terdekat aku rasa Port Dickson, ataupun Morib. Tapi, airnya, erm.... tak boleh lawan sini la. hehe Petang tadi lalu dekat Pantai Bisikan Bayu, ingatkan nak singgah, tapi tak jadi sebab panas. Maka, kami cuci mata dan rasai angin pantai je. tu pun dah cukup bagi aku. aku bukan nak mandi pun hehe

Tujuan asal aku balik kampung suami ni sebab, lepas kahwin, memang takde kesempatan nak balik. ada saja rintangan yg datang. Ni dah dapat rezeki, memang lama la stay sini. Lepas tu, nak buat kenduri kesyukuran dan solat hajat mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kandungan aku dan melancarkan proses aku untuk bersalin nanti. Insyaallah. 

AKU ADA BANYAKKKKKKKKKKKKKKK SANGAT NAK CERITA PASAL PENGALAMAN MENGANDUNG! 

Iyelah, benda baru kot untuk aku. banyak betul aku kena adapt. huhu takpela, yang tu aku cerita lenkali. now aku nak cerita apa yang aku rasa jari aku nak menaip je. hehe

Isnin hari tu, kitorang bergerak dari KL kol 1 petang, sebab suami aku kena setelkan hal coaching dia dulu. Masa dalam perjalanan tu kan, nak lepaskan tol Bentong dengan tol apa tah satu lagi, kitorang ikut la jalan dalam. Tapi nak jadikan kisahnya, masa dah keluar dari Janda Baik tu, boleh pulak suami aku salah masuk simpang, dia g amek jalan Kuala Lumpur, which is jalan macam nak balik rumah. haha aku tak sure berapa lama kitorang kat atas jalan, sampai la kitorang jumpa satu lorong kecik (jalan salah.. memang amek risiko), berjaya lah kami buat U-turn. Kereta suami aku tu tidaklah sihat sangat, tapi masih lagi boleh berjalan ke manamana ALHAMDULILLAH. Cumanya, boleh pulak lampu kereta mati. Ya Allah, cuaknya wei. Jalan tu gelap gilaaaaa. memang tawakal je nak sampai rumah. kitorang sampai rumah dalam pukul 11 malam macam tu ke pukul 10 malam huhu. memang bertabah habislah. Tamat cerita hari Isnin

Hari Selasa pulak, pagi tu aku g Klinik Desa, nak check up. sepatutnya temujanji aku dengan Klik Kesihatan hari Khamis, tapi sebab aku taknak balik KL hari Khamis, aku buat check up kat sini je. Boleh je, takde masalah pun. Lepas check up, then tolong biras aku siapkan order untuk delivery. Petang tu suami bawak pergi pasar, nak pergi rumah mak long, tapi takde orang dekat rumah. then betulkan lampu kereta. Malam tu pergi rumah makcik sedara. nak jemput datang kenduri kesyukuran hari rabu malam. borak lama juga sampai tengah malam. (hmm sebenarnya aku dah lupa juga apa aku buat hari selasa haha)

Hari Rabu pulak, pagi aku kemas rumah lagi, then keluar g rumah Chik, and beli barang untuk kenduri. Aku ni, takde lah pandai masak. tapi untuk taknak nampak kayu sangat, aku banyak tolong basuh membasuh dan potong apa yang patut je huhu malam kenduri. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. DOAKAN AKU WEI! SERIOUS NERVOUS!!

Hari Khamis pulak (hari ni la), pagi breakfast kat luar. pastu aku jemur kain eh mengemas la macam biasa. haha lepas tu suami aku pergi hantar repair kereta. bearing rosak wei. rm200++ lepas. takpela, demi keselamatan kami bersama. moga ALlah gantikan dengan yang lebih baik. :) Lama la dia g repair. Aku kemas dapur n tido. Tapi lepas kereta dah siap baiki, kitorang keluar g beli barang. ingat nak pergi rumah mak long. tapi tak menyahut pula. tu yang kitorang lalu Pantai Bisikan Bayu. tapi lepas tu, kitorang ke Pantai Bukit Kluang. hehe. sonok. bila dah rasa puas sikit layan angin pantai, baru kitorang balik. malam tadi kitorang pergi makan dekat restoran chicken chop rm3.90 hehe. side dish dia takdela banyak sangat. tapi ayam dia normal saiz je. memang puas hati la makan. 

oh ye. sebelum sampai ke Pantai Bisikan Bayu tu, kitorang layan cendol dekat Professor Cendol. rm2 sebekas, BOLEH REFILL kalau nak. and ada makanan sampingan juga macam pasembor, laksa, BOLEH REFILL jugak weh! tapi ada syaratsyarat dia la. hehe

tinggal dua hari aku kat sini. Jumaat dan Sabtu. Later aku sambung lagi. banyak jugak aku taip ni 

Selamat Malam :)

No comments: