ensiyahmuhammad

Saturday, February 11, 2017

Pukul 1 pagi

Suami aku dah tidur. Aku tengah tengok dia tidur. Nyenyak tengok dia. tapi kesian, berpeluhpeluh. Almaklumlah, rumah ni takde aircond. bertabahlah wahai encik suami. Isterimu ini, takde aircond ok je. hahaha Moga kita dimurahkan rezeki ye, dapat duduk rumah sendiri. suatu hari nanti. insyaallah.

dalam tak sedar, dah 141 hari menjadi suami isteri. Kami masih mengenali diri masingmasing. Alhamdulillah, masingmasing boleh kompromi. Aku doa, agar persefahaman ini berpanjangan sampai bilabila. 

Kami masih belum berkesempatan untuk pergi honeymoon. Entahla, kekadang aku lupa apa tujuan honeymoon tu. Rasarasa macam, selepas nikah sampai sekarang, aku sentiasa sibuk. entahla, sama ada sibuk yang memang banyak kerja. atau aku yang tak pandai nak urus masa. tapi akhirakhir ini, aku sangat enjoy duduk di rumah. rasa satu ketenangan. hihi

bila tengok suami ni. aku rasa betapa besar pengorbanan dia. yela. bukan senang kita nak masuk rumah orang. nak menerima adab dalam sesebuah rumah. aku tahu, kekadang dia tak selesa. tapi dia belum pernah lagi tunjukkan muka tak suka. aku nampak, dia mencuba dan terus mencuba. 

aku tak dapat bayangkan jika keadaan kami terbalik. maksudnya, aku duduk di rumah mertua. aku tak tau sama ada aku mampu jadi menantu yang baik. di rumah aku memang tak banyak bercakap. aku lebih enjoy masa bersendiri. di bilik sendiri. kadangkadang aku memang tak berkumpul dengan masyarakat. entahlah, personaliti aku memang lain berbanding bila berada di luar. 

aku berdoa dan tak pernah putus harapan. agar kami dimurahkan rezeki untuk melakukan umrah bersamasama dan mendapatkan kestabilan hidup yang lebih baik. Insyaallah, aku percaya rancangan Allah sangat hebat, tepat dan sempurna. 

cuma, sebagai manusia, aku mudah alpa dan cepat menyalahkan pada manusia lain. tapi aku harap, bila mana ego aku meninggi ke langit. 

aku takkan pernah lupa kepada lelaki yang selalu peluk aku bila aku menangis menitiskan air mata boleh penuh baldi.
aku takkan pernah lupa kepada lelaki yang sanggup layankan permintaan aku, saat aku malas, sakit,.
aku takkan pernah lupa kepada lelaki yang sudi bekalkan sarapan aku
aku takkan pernah lupa kepada lelaki yang sanggup masakkan nasi goreng di saat aku super lapar dan super malas nak masak sendiri
terlalu banyak untuk aku senaraikan.
tetapi yang paling penting, aku takkan pernah lupa kepada lelaki yang sanggup memperisteri aku, di saat mengetahui segala kelemahan aku. 

semoga allah merahmati mu.

No comments: