ensiyahmuhammad

Saturday, January 7, 2017

Fasa Single tapi Tak Available....

Apa tu fasa single tapi tak available???

Ini adalah fasa di mana kau dah pun bertunang dengan orang lain. Haram bagi kau untuk menerima pinangan orang lain. Tapi masih mempunyai hak untuk memutuskan pertunangan sekiranya sepanjang tempoh pertunangan, ada beberapa perkara yang memang kau langsung tak boleh bertolak ansur dan yakin jika menginjak ke fasa perkahwinan membawa banyak keburukan. 

Dalam zaman moden ni, sebelum pasangan memutuskan untuk melangsungkan majlis pertunangan. Kebanyakan mereka telah pun berkenalan terlebih dahulu, namun ada juga yang masih mengekalkan cara tradisional iaitu meminta mak ayah tolong carikan atau berikan kepercayaan kepada orang yang boleh dipercayai. 

Mengikut pemerhatian aku yang tak berapa nak muda ni, ada beberapa cara seseorang itu berjumpa:-
  1. Media sosial - Kenal kat facebook, wechat, instagram, twitter, chatting room (ada lagi ke? hoho)
  2. Kenal masa kat sekolah
  3. Kenal masa zaman universiti - sama kelab la, satu program la, senior junior. 
  4. Kenal tak sengaja samasama naik bukit ke, jalan kaki, lari ke
  5. Kenal sebab matrik kad terjatuh hahahaha
  6. Kenal sebab orang dok kenenkan. mulamula tak suka lepas tu eh jadi tersuka tanpa sengaja haha
dan macam macam lagi

Dalam Islam, pertunangan memang ada sebelum perkahwinan. Pertunangan sebenarnya adalah fasa berkenalan. Berkenalan di sini bukanlah berkenalan yang macam "hai! awak ni cantiklah. boleh tak bagi no. tepon?" , "Cool la kereta ni, abg punya ke?", "Ana suka tengok enti, enti rajin solat sunat, solehah, pandai mengaji"

NO NO NO!
 itu bukan berkenalan, itu mengayat hohoho. 

Berkenalan yang dimaksudkan di sini adalah dengan mengambil tahu baik buruknya pasangan tersebut. Untuk mengetahui peribadi pasangan tersebut, boleh bertanya pada ibu bapa, adik beradik, kawan sebilik, kawan sekelas, kawan sekelab, saudara mara dan sebagainya.

Golongan yang ditanya ini juga, harus menjawab dengan jujur sikap baik dan buruk orang tersebut. Supaya pasangan tidak rasa tertipu dan tidak membuat keputusan yang salah untuk menginjak ke fasa seterusnya. Contohnya macam, dia suka mengaji dengan kawankawan, kalau dah mula belajar, sampai orang sebelah jerit pun tak dengar, tidur berdengkur, selalu lewatkan solat dan sebagainya.

Bagi pendapat peribadi aku, setiap orang punya kriteria yang boleh diterima sebagai pasangan hidup itu berbeza. Lebihlebih lagi perempuan, banyak expectation.

  1. Ada yang mensyaratkan si lelaki harus mempunyai kestabilan kewangan dahulu - contoh, ada kereta, rumah, kerja tetap, simpanan yang banyak. 
  2. Ada yang mensyaratkan si lelaki mesti mempunyai pegangan agama yang teguh - solat tak tinggal, hafaz alquran
  3. Ada juga yang memilih gaya - Poket kosong takpe, janji bergaya. Merokok itu macho, 
  4. Erm.... panjang kalau nak disenaraikan.. anda tentukan keutamaaan dalam hidup anda. hehehehe
Gittuuuuu~~~~~ 

Tapi apa pun, bagi aku... elemen utama yang wajib semua orang tekankan adalah solat. sebab kalau solat, banyak keburukan akan berlaku. Macam mana seseorang lelaki nak jadi ketua keluarga, kalau solat ke laut? macam mana seorang perempuan nak seorang ibu mithali kalau asas kewajipan pun tak diajarkan pada anakanak?

Next aku nak share pengalaman aku masa majlis pertunangan aku dulu hehe
Majlis bajet je hehe



No comments: