ensiyahmuhammad

Monday, December 5, 2016

Bertabahla Wahai Inche

Sekarang dah 73 hari aku dah mempunyai seorang suami, dan sampai sekarang aku masih belum biasa nak cakap "Nanti aku datang dengan suami aku", "Nanti aku tanya dengan suami aku"... 

yang selalunya ayat yang keluar.. "Nanti aku datang dengan tunang aku", paling dahsyat , "Nanti aku bagitau kawan aku" huhu downgrade terus. Padahal suami aku ada depan mata je tengok aku borak kat tepon. Tergelak dia.

Adududu~~~

Bertabahlah wahai Encik Suami, isterimu ini masih lagi melalui fasa penyesuaian diri. 

============================

Aku ni sejenis perempuan yang dikategorikan jarang pergi pasar nak beli ikan. Selalunya memang mak aku je yang beli, sebab mak aku ada spesifik ikan yang mak suka dan ada yang tak suka. Contoh macam kalau nak beli ikan tongkol, ada size tersendiri yang mak akan pilih. dan aku tak pandai nak beza. Maka, kalau bab barang basah, jangan sesapa kacau. Nanti mak tak makan. Gitu 

Jadi, alkisahnya, masa memula kitorang beli barangbarang basah sesama, masa tengah pilih barang tu. Dok bincangla, nak beli apa, nak masak apa, nak beli berapa banyak. Semua tu Jiji la yang decide, dia takdela pandai masak sangat, tapi boleh la. So aku pun decide "Kita beli barang masak tomyam la, En reti sket masa tom yam". 

Sampai dekat rumah, hehe. Aku potong ayam, (yang ni aku reti sebab pernah kerja kat Ayamas, kitorang kena potong ayam kot. Walaupun sebelum tu aku tak pernah potong ayam, nak cakap dekat customer yang aku tak reti potong, nanti cusomter cakap apa pulak. huhu sebelum tu aku tengok ada seorang staff ni potong, so aku buatbuat pandai. Alhamdulillah, dari buatbuat pandai, aku dah pandai sket. muahahahha) Masa aku potong ayam, Jiji kupas / potong sayursayur apa yang patut. Lepas tu aku bagi dia ayam, terus aku siang ikan pulak. hehe 

Masa aku tengah siang ikan, aku pun cakapla kat Jiji, panaskan air, letak ayam blablabla 

tetiba.... 

eh dah siap ayam masak tomyam. KAHKAHKAH! 

"Bukan tadi En cakap En nak masak tomyam ke? Ni saya yang masak" 

HAHAHAHAHA 

aku pun tak sangka aku dah skill memanipulasi yang begitu baik. haha

Kisah aku, jiji dan masak ada banyak lagi sebenarnya. Hihi ni aku namakan kerjasama, bukan mengelat hokeyh. haha 

No comments: