ensiyahmuhammad

Monday, October 17, 2016

Nikah


Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah

23 September 2016 - Nikah

Dah 24 hari bergelar Pn En Siyah. Maka, bertambahlah keliru orang nak panggil nama aku. ihiks. I like!

Antara soalansoalan yang aku dapat:-

1) En kenal dia kat mana? Uia jugak ke?
2) Apa perasaan nak kahwin?
3) Apa perasaan dah jadi isteri?
4) Lepas kahwin tinggal mana?
5) Husband kerja apa?
6) Apa dugaan bertunang?

erm.. aku lupa apa lagi. kalau aku ingat, aku update dari semasa ke semasa hehe

Maka, inilah jawapan aku...

1) Ya, dia student UIA juga.. tapi aku tak kenal kat dalam UIA hoho terserempak pun tak pernah. Bayangkan, dia habis degree tahun 2010, aku baru nak daftar masuk. :p

2) Memula tu perasaan nak kahwin tu, takde apa sangat la. Sebab sibuk dengan kerja. Lebih risaukan benda lain. Alhamdulillah Allah mudahkan, aku dengan dia takda la gaduhgaduh ke apa. Ada isu kitorang solve samasama. Walaupun, diri aku sendiri ada hasrat nak tangguhkan perkahwinan. Sabar je mamat ni ngan aku. Mood swing memang sangat hebat. Like seriously. Tapi, lagi dua tiga hari nak menikah tu. Baru rasa cuakcuak "Oh myyyy~~ betul ke aku nak kahwin ni?" 

3) Bila dah menikah tu. Subhanallah. Rasa tenang. Tenang sesangat. Tak tahu nak gambarkan rasa tenang tu macam mana. Tapi memang rasa tenang. Aku harap, ketenangan yang aku rasa ni untuk selamalamanya.

4) Plan asal nak keluar dari rumah. Tapi, selepas menimbangtara beberapa faktor, kelebihan, kelemahan, kekuatan dan kekuranga.. Maka, kami memutuskan untuk duduk rumah mak dulu.

5) Jurulatih Tenis itu Suami Aku. hihihihi

 6) Dugaan bertunang setiap orang tak sama. Untuk aku, alhamdulillah aku tak diuji dengan orang ketiga. Tapi ujian aku lebih kepada Kemahuan Sendiri vs Kehendak Keluarga. Maksudnya, macam apa yang aku nak, lain dari apa yang family aku nak. Bila jadi camni, kena handle elokelok la. Sebab boleh jadi salah faham.

Dah, nak share ni je. hehe

No comments: