ensiyahmuhammad

Thursday, July 14, 2016

Usah terlalu dilayan

Mesti ada dalam hidup kita, ada orang yang kita tak suka. Atas sebabsebab kita tersendiri. Aku tak percaya kalau ada orang cakap dia takde tak suka sapesape. Come on lah, kita manusia kot, mana ada yang perfect, mesti ada yang kita benci punyalah. hoho Ngaku jela. 

Yang membezakan kita, cara kita handle orang yang kita tak suka tu. Secara bijak atau pun kurang bijak. Aku ni emosional sikit orangnya. jadi....... selalunya awalawal mesti aku tangani dengan kurang bijak. lepas aku dah emo emo, baru aku jadi bijak sikit haha. tapi kena dapat nasihat yang baik pada waktu yang tepat la. hoho

Dipendekkan cerita, tiga empat bulan kebelakangan ni, aku siyes tak suka dengan perangai sorang hamba Allah ni. Aku perhati je perangai dia hoho. Hamba Allah tu suka show off. Suka gila. Selalu kalau dia dah start buat macam tu, aku nak je respond "owh.. ok. then?" Tapi aku tak buat macam tu. Sebab aku nak tengok sampai mana dia nak cakap and esoknya apa lagi yang dia nak citer hahahahahha. Ada benda yang dia show off tu buat aku terasa hati yang paling dalam. Ada benda pulak yang macam "pebenda la. ni pun nak cerita. takde kaitan dengan aku kot". and ada certain benda yang aku rasa nak respond, "so what? ko nak cakap kau lagi better dari aku ke apa ni?".

Aku citer ngan kawan aku perangai dia yang aku tak suka ni. kawan aku cakap,

"kau kenapa weyh nak emo pasal benda tu. blue tick sudaaa"

Lepas dia cakap camtu, baru aku tersedar. Pehal pulak aku nak layan perangai orang yang aku tak suka. haha aduih, aku pun ni satu. Aku takde dapat sebarang benefit pon weh. So, aku jadi bijak sikit, sampai sekarang aku amalkan apa yang dia ajar. Blue tick. hehe dan aku sangat tenang sekarang. SERIOUS! Kekadang aku layan la jugak. tapi aku jawab sepatah dua je. kalau perlu baru berpatahpatah haha. 

Well, setiap orang ada kebahagiaan dia sendiri. ada kelebihan dia sendiri. dan ada kesukaan dia sendiri. Walau aku berusaha keras macam mana pun nak ambil hati seseorang ni, kalau dah hati dia tak suka tak berkenan dengan aku. Sampai ke sudah pun dia takkan pandang aku jugak. Yang penting aku dah usaha. 

Tipulah kalau aku tak terasa hati, tak bersedih hati. Aku dah siap nangis sesungguh kot ri tu kenapa aku tak disayangi. huuhuhuhu tapi, bila aku duduk sorang sorang. kenapa mesti aku nak meratap sedih sampai macam ni. Aku sedih pun orang tu tak kisah, aku happy pun orang tu tak kisah. Baik aku jadi happy je kan, nak dok sedih sedih dah kenapa.Yang penting, aku terus terusan buat baik dengan orang. Jangan buat jahat. Allah tak suka. 

Aku doa, moga satu hari nanti. Aku bakal disayangi juga. :) cepat atau lambat. Allah knows best for me, for us. 

Kesimpulannya, masalah ni kena handle rilek rilek je. Allah bagi semua orang rasa pahit manis semua sama rata. just, cepat atau lambat je. yang penting, tak putus pengharapan pada Allah :)

He is the Source for Our Happiness
Smile :)
 

No comments: