ensiyahmuhammad

Monday, July 11, 2016

Selamat Hari Raya 2016


Tetiba hilang ingatan berapa lama cuti raya. Esok (12/7/2016) dah masuk kerja. Huhu Lemaunya rasa badan. Rasa nak sambung cuti. Rasa nak kerja bila aku terasa nak kerja je. Haha Aku sedang menantikan bila keadaan itu akan berlaku. hihi

Bila raya, aku suka tengok baju orang. Mostly perempuan la, macam macam ada, manik, kembang, ala ala princess, sekali pakej ngan style shawl jugak. Ada jugak yang simple gila, cukup pakai baju kurung dan bawal :) Lelaki selalu lebih ringkas, takdela pelik sangatsangat. Cuma yang aku perasan, tahun ni ramai yang memilih pakai baju kurta instead of baju melayu. Macam adik aku lagi haru, beli baju melayu satu set, aku pun semangat gosok baju dia satu set, masuk pagi raya, dia pakai baju je sebab dia kata tak best pakai dengan seluar sekali. Aku pun.... =_= Memang most of time, susah nak nampak lelaki pakai baju melayu satu set. Tapi bila beli baju melayu sahaja rasa pelik jugak. 

Tahun ni aku terlampau sibuk dan aku tak pasti apa yang aku sibukkan sebenarnya sebab kalau nak diikutkan, ada je masa aku nak pergi beli baju raya. Mungkin sebab aku tak nampak ada kepentingan berbaju baru kot. and aku takde pasangan yang nak berdondon bagai. Maka, beraya lah aku dengan jubah yang memang dah lama beli tapi tak pernah pakai dengan baju kurung yang mak aku beli untuk dijadikan baju raya, tapi tak jadi. bagi kat aku. and satu dress butterfly pun dah lama aku beli tak pernah pakai. huhu alhamdulillah, banyak jugak baju nak pakai sebenarnya. hee

Hehe aku perhati je gugurl dekat insta and Fb dok posing OOTD raya. (OOTD tu maksud dia Outfit Of The Day, baru aku tahu. Tak ingat siapa yang bagitau aku. kalau tak, sampai hari ni la aku tertanyatanya apa maksud OOTD haha terima kasihla si tukang beritahu walaupun aku dah tak ingat siapa). Cantikcantik baju diorang, sekali ngan orangorang pun cantik. Aku pernah gak try nak berOOTD, tapi rasa pelik pulak. segan hehe

Apapun, 

Selamat Hari Raya :)
Taqaballahu Minna Wa Minkum 

Semoga semua orang istiqomah dengan amalan di bulan Ramadhan :)

No comments: