ensiyahmuhammad

Sunday, July 17, 2016

Kuih Raya

Tahun ni takde kuih raya buatan sendiri hatta biskut tahunan yang paling simple; cornflakes madu. Cubaan aku nak buat popia nestum pun tak menjadi. Walaupun segala barang nak buat kuih tu dah beli ; cornflakes, madu, popia, nestum. Tapi, sesungguhnya manusia hanya mampu merancang. huu Tahun ni memang aku tak buat apa apa persiapan raya. Baju raya pun tak beli. Tapi takpe, raya tetap diraikan. :p

Tahun ni jugak aku beraya sebagai seorang pekerja, tahun lepas status separuh pelajar, separuh pekerja. Tak, aku bukan nak cakap pasal duit raya sebab dah kerja. Tapi bulan ramadhan ri tu, aku bekerja macam hmmm tak tau la nak cakap apa. Cuma, apa yang mampu aku cakap, kerana kecewa yang teramat sangat --- aku WAJIB cari kerja lain. Serius. Kerana, segala usaha yang aku curahkan, tidak berbaloi dengan apa yang aku dapat hoho

Post ni tajuk pasal kuih raya kan? apa melalut cakap pasal kerja? Hoho 

takde, aku nak cakap. aku tak buat kuih raya tahun ni. raya kurang best tanpa kuih raya dari aku. haha tu je. 

selamat hari raya guys :)

No comments: