ensiyahmuhammad

Monday, July 18, 2016

Hari-Hari Rajukan / Sedihan

Kalau korang merajuk / sedih, apa yang korang buat?

Kalau aku merajuk, memula aku diam, hanya memilih untuk bercakap dengan orang tertentu saja.Kenapa aku pilih untuk diam? sebab kalau aku bercakap, semuanya hanyalah berbaur emosi. konfem aku akan menjerit punya marahmarah. cemana aku tahu? sebab dah pernah terjadi.

Kedua, aku dok dalam dunia aku je, sama ada aku tengok movie kat laptop, atau aku keluar g memana. sensorang.

Ketiga, sebab aku berharap, bila aku tak makan, aku akan cepat letih dan aku mudah tertidur. walaupun aku lapar tahap kebulur entahla yang macam mana nak digambarkan, still aku takkan makan jugak. 

Keempat, bila dah tak tahan sangat, aku cara sesiapa untuk dijadikan mangsa aku nak luahkan perasaan. Selalunya aku pendam ikut pada tahap kesedihan

=================================================

So, beberapa hari ini adalah hari rajukan aku. Aku hanya jumpa beberapa orang saja. Dan ada beberapa orang aku dah "bersihkan" dari insta dan Fb aku untuk menjaga kemaslahatan hati aku hoho Sebab, setelah aku timbang tara, tiada banyak kebaikan dari keburukan sematamata jika dia ada dalam friendlist aku huhu

Hatiku berhak untuk merasa ketenangan.

Punca aku merajuk, makan hati ni sebenarnya simple je, takdelah complicated mana, tapi kalau aku tak amek langkah berdiam, ada orang bakal kena pelempang atau maki hamun dengan kesatan bahasa yang aku cuba untuk tak keluarkan. huhu

Aku kan dah cakap aku emosional. Aku tak suka orang bercakap pasal aku --- benda yang aku sendiri pon tak tahu iaitu pasal life event aku. Life event adalah perkara yang sangat sensitif sekarang ni. Serius. Dah la yang bercakap tu orang luar, which is orang yang takda kaitan langsung dengan keluarga.

=================================================
Nasihat aku, kalau orang tak bercerita dengan kau masalah dia, kau jangan nak sibuksibuk buat assumption sendiri. sebab tu dosa fitnah dosa yang besar, sebab sekali orang bercakap, benda tu akan dibawa mulut ke mulut. dan orang yang tak tau citer pon boleh tokok tambah ikut versi yang diorang suka dengar. Hmm

Sekarang aku tak merajuk lagi dah, dan baru je melantak nasi dengan sotong. ya rabbi, kebuluqnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

No comments: