ensiyahmuhammad

Tuesday, July 12, 2016

Di Mana Laksa

Aku demam sejak hari Sabtu yang lepas, dimulai dengan selsema, demam lepas tu batuk. Tapi dalam keadaan tak sihat tu, gigih jugak la aku beraya. Di pendekkan cerita, semalam (Isnin) aku pergi Klinik 1 Malaysia. Aku tahu Klinik 1 Malaysia memang tak keluarkan MC, sebab aku nak ubat je pun. Badan aku pun takdelah panas mana pun, aku just nak ubat huu. 

Balik dari klinik tu, aku teringin gila makan laksa. Ke satu satu gerai duk mencari laksa. Ada kedai yang jual laksa, tutup. Kedai yang buka, tak jual laksa atau pun laksa dah habis. Tapi lagi sadis, ada satu kedai ni, aku dah duduk dekat 15 minit la jugak. Tapi tak dilayan. sedih gila. Aku prasangka baik yang orang kedai tu snanyer tak perasan kitorang sebab ramai orang walaupun aku dah melambailambai dah nak order. Maka, aku pun decide untuk pergi je dari kedai tu senyapsenyap. huhu

Akhirnya, aku pergi je ke satu kafe yang agak mahal jugak harga dia. Benda first yang aku tanya server kat situ sebelum aku duduk, terpingapinga dia tengok aku 

"Dik, ada laksa tak?"
"Ada kak"

Baru aku duduk. hehe

Belek-belek buku menu, takde pun aku nampak kelibat laksa di mana-mana. Ruparupanya laksa tu ada dalam buku menu satu lagi, yang untuk promotion punya. Set sekali dengan air.

Sesungguhnya, bila laksa tu sampai dekat aku. Rasa hepi sungguh. pastu tengok ada nenas banyak ketul ketul pulak. Oh my heavennya. Bila aku suap sesudu.... terus teringat apa Nek Ah cakap

"Nek Ah kalau pergi restoran, Nek Ah tak cakap banyak. Kalau tak suka, Nek Ah order lain. Tak payah nak bisingbising. Sebab, Nek Ah dah kerja lama dengan hotel. Kitchen la paling bahaya sekali. Kita tak tahu apa yang dia taruk dalam makanan kita kalau diorang tak suka kita. Dia campak daging dekat lantai pastu dia masak ke, dia ludah air kita ke pastu hidang.. mana kita nak tahu. kita yang makan ni, duk rasa sedap jeeee"

Dan aku pun teringat dengan kisah Nabi dan buah Oren. Malah Rasulullah S.A.W sendiri melarang kita mencerca makanan apatah lagi menunjukkan tidak suka dengan makanan tersebut.

Selalunya, bila kita masak dan orang kutuk masakan kita, memang most people akan terluka hatinya. Sebab tu dekat FB, ada viral pasal seorang minah ni up status makanan kat satu negeri ni tak sedap. Walaupun dia mempertahankan diri cakap itu hak dia nak cakap makanan tu sedap ke tak, but still, rakyat negeri tersebut sangat terluka hatinya dengan statement berani mati minah tersebut.

Kerana itu,Rasulullah mengajarkan kita untuk beradab dengan makanan kerana ada hikmah yang kita tak tahu. :p

Maka, aku pun berusaha yang mana boleh untuk habiskan laksa tu. Tapi biasalah tekak orang tak sihat ni, makan apa pun rasa pahit. rasa tak kena. Aku mampu habiskan separuh je laksa tu. 

InsyaAllah aku akan datang lagi makan laksa dekat situ -- bila terdesak. lagi.

Terima kasih kafe kerana ada laksa! :D

2 comments:

Hikaru said...

Kata promotion. Next time kau pergi, laksa dah takde kat cafe tu. Hahaha.

nc said...

Ada. hehe promotion harga dia rm9.90 sekali dengan air. kalau tak promo harga dia rm14.

tapi next time, aku akan buat benda yang sama jugak. tanya dulu baru duduk hahha