ensiyahmuhammad

Tuesday, June 7, 2016

Ramadhan yang Manis

Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak!

Alhamdulillah, kita antara orang yang terpilih untuk mendapatkan fadhilat di bulan Ramadhan.Semoga Ramadhan ini kita semua dapat meraih pahala sebanyak-banyaknya dan diampunkan dosa, sesuai seperti hadis sahih;
Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan karena iman dan mengharap pahala dari Allah maka dosanya di masa lalu akan diampuni”. (HR. Bukhari No. 38 dan Muslim no. 760)
Ramai dari kita, bila nak masuk bulan Ramadhan je, perkara pertama yang kita fikirkan  "Nak pakai baju raya warna apa ye tahun ni? nak style yang macam mana ye? Nak buat kuih raya apa?" dan sebagainya. Untuk orang yang berkahwin, soalansoalan lazim "Tahun ni kita nak raya kampung siapa dulu?" "Awak masak apa untuk berbuka? Ke beli dekat bazaar je?" "Duit raya tahun ni, nak bagi berapa seorang?"

Ya, sudah menjadi kelaziman untuk kita, bila Ramadhan je, pentingkan Raya. Baru hari pertama Ramadhan, lagu raya dah berkumandang. Jangan cakap orang. Aku pun sama. Huhuhu Tapi bila dah makim berumur ni, (aku tak sampai 30 tahun pun lagi tau!), pandangan aku pasal Bulan Ramadhan ni, dah makin berubah. Sikit-sikit. Alhamdulillah, Allah campakkan sikit rasa insaf dan kesedaran betapa istimewanya bulan Ramadhan ni. 

1 - Bulan Ramadhan ni la pahala di ganda sebanyak-banyaknya. Mana tak nyer, kalau perkara sunat pun Allah bagi pahala macam perkara wajib. Yang perkara wajib tu Allah bagi tak tau la berapa banyak ganda kau dapat. Ibaratnya, kalau harihari biasa, Kerja sebulan dapat gaji RM1,800. kalau buat part time dapatlah rm600. Tapi untuk bulan istimewa ni, buat part time saja dapat RM1,800. yang Kerja biasa kita buat, mana tahu Allah bagi 10x ganda maknanya RM18,000. Masyuk ke masyuk??

2 -  Bulan Ramadhan ni jugakla ada malam Lailatul Qadr, Malam yang lebih baik dari 1,000 bulan. Pernah tak kira 1,000 bulan tu bersamaan berapa tahun? 83.33333 tahun tau! Memang bertuah gila siapa yang dapat malam Lailatul Qadr ni. Sebab apa, sebab satu malam yang kau dapat, seolah-olah dah 83 tahun hidup. Kita ni, hidup kat dunia pun tak semestinya sampai 83 tahun. In fact nak cakap kita mampu untuk hidup esok pun, kita tak tahu. Ini namanya kita dapat BONUS!!! Bangun satu malam je, tapi macam 83 tahun. dah la pulak tu, Pahala berjuta kali ganda. Best gila wei!

Jadi, kita kena CARI malam Lailatul Qadr ni. Allah sembunyikan bila sebenarnya malam Lailatul Qadr ni, sebab Allah nak kita bangun setiap malam untuk hidupkan malam dengan beribadah pada Dia. InsyaAllah, Allah akan berikan kita rezeki bertemu dengan lailatul Qadr.

3 - Solat Terawih. Kita takkan jumpa dekat mana-mana bulan ada Solat Terawih. Solat Terawih ni Rare wei. Bendabenda rare ni, mesti istimewa. Kenapa Allah wujudkan Solat Terawih masa bulan Ramadhan? Haaaa . Pernah terfikir tak? Hehe Sebab Allah tahu, masa berbuka ramai hamba Dia melantak macam tak makan setahun! Jadi Solat Terawih ni adalah solat kerehatan dan solat senaman supaya perut tak semakin majuuu kedepan (oopps!). Kalau larat, buatlah solat terawih kat surau ke masjid ke. Kalau tak larat, buatlah dekat rumah je. Jemaah boleh. Nak sorang sorang pun boleh. Takde masalah :)

4 - Kalau perasan, ramai bila masuk Ramadhan je, mesti ada orang berusaha nak khatamkan AlQuran? Sebab masa bulan Ramadhan ni la Allah turunkan AlQuran. Setiap kali hari yang istimewa dalam kehidupan, mesti kita nak raikan dengan cara yang istimewa. Jadi, cara meraikan turunnya alQuran, kita baca la banyakbanyak. dan itu memang sangatsangat yang istimewa bila orang yang susah baca alquran, tetiba baca alquran. orang yang tak pernah khatam alquran. dapat khatam. Lagipun, selalu pukul 1-2ptg orang yang bekerja waktu untuk makan. Tapi sebab kita puasa, jadi kita jadikan waktu baca alquran la pulak kan. hehe Ni bukan mana mana ostad ostadzah cakap la, tapi ni aku yang cakap. Kalian taknak percaya takpe. Tapi aku galakkan banyakkan baca AlQuran. Korang dapat pahala baca, aku dapatlah sikit pahala mengingatkan (naakkkk jugaakkkk!) Hehe


Banyak lagi benda yang best pasal Ramadhan ni. Semoga kita semua dapat nikmati keistimewaan Ramadhan:)

p/s: sesiapa yang puasa ada pintu khas yang allah sediakan . Pintu Rayyan. Sesiapa tak puasa, tak dapat masuk syurga guna pintu ni. heee puasa jangan tak puasa! :D

No comments: