ensiyahmuhammad

Friday, June 3, 2016

Persoal

Aku selalu tanya soalan yang aku rasa bakal memeningkan kepala sendiri. Contoh

"Kenapa orang tu tetap nak berniaga benda yang sama. Dah la kedai sebelahsebelah. Barang yang dia niaga pun sama. Yang tu keropok, yang ni pun keropok.Apa yang buat orang tu datang kedai ni? Tapi tak datang kedai yang satu lagi? Kenapa diorang boleh survive? Kan persaingan sengit tu."

Bila keluar, aku suka tengok jalan. Tengok kedai kedai. Lepas tu dok fikir,

"Kenapa orang ni bagi nama syarikat dia camni? Pelik kot. Jaya Wira. Pastu kedai mamak, mesti ada maju kat belakang. Ali Maju, Zubaidah Maju. Hmm"

Secara asasnya, aku tanya soalan "WHAT MAKES YOU DO THAT?" (Apa yang membuatkan kau buat benda tu?)

Kawan aku cakap cuba tengok dekat chow kit tu, banyak je deretan kedai yang jual barang lebih kurang sama. Kedai kecik je, tapi bertahan lama. Kenapa? Sebab diorang ada sale yang kita tak nampak. Yang kita nampak, macam kedai tu takde orang je. Kosong je. Padahal kita tak tahu, mungkin diorang pembekal pada orang lain yang sale boleh masuk ribu riban. 

Setiap peniaga, boleh jadi jual benda yang sama. Tapi marketing berbeza, dan cara mereka layan pelanggan pun berbeza. Kadangkadang pembeli ni suka beli dekat kita bukan sebab nak beli produk tu je, kekadang pembeli membeli sebab layanan kita bagus, dia percaya kat kita. Jadi hubungan dengan pelanggan tu kena jaga. Bahasa kena jaga. Adab kena ada. In fact, kalau kita sendiri pun, bila orang layan kita baikbaik. Kita puas hati, mesti kita senang hati nak berurusan. 

Tapi apa pun, semuanya sebab rezeki Allah. Allah yang gerakkan hati pembeli untuk membeli dengan kita, Allah yang berikan kita kesabaran untuk melayan karenah para pelanggan. Allah yang berikan kita ilham untuk berniaga. Semuanya sebab Allah. Allah dan Allah. 

Sebab tu, kena SANGAT SANGAT SANGAT jaga hubungan dengan Allah. Bila baca buku "Mudahnya Menjemput Rezeki", ya. Sememangnya nak jemput rezeki lagi senang dari mencari rezeki. Sebab kalau kita cari macam mana pun, tapi Allah tak izinkan. Sampai bilabila pun takkan jumpa. 

Maka, terjawabla persoalan aku kenapa orang jual benda yang sama, boleh survive. 

Yang nama tu pulak, hmmmm Aku rasa sebab percakapan tu satu doa kot. Kena letak nama baikbaik, nanti yang datang baikbaik, yang jadi pun baikbaik. Kalau dah kita sebut nama restoran tu Ali Maju, Ali Maju. Secara tak langsung, kita mendoakan restoran tu supaya maju. Lagipun nama yang baik kan kira satu identiti. Boleh jadi, nama yang pelik bagi kita tu, ada kisah yang menarik di sebaliknya. Siapa tahu?

Hmm, aku terima jela jawapan ni. Boleh la. puas hati la jugak. haha
Ada orang, berniaga produk A. berjaya. jadi kaya raya. Setiap bulan masuk ribu riban. Ada orang, berniaga produk yang sama. sen sen je dapat. 

Ada orang, sale berjutajuta. tapi untung seciput. Tapi ada orang, sale tak banyak mana, tapi untung lebih dari yang mencukupi untuk dia. 

Jadi, doa la yang baikbaik. Sentiasa positif. Jangan buat kerja tuhan, mempersoalkan itu ini. Kena lebihkan syukur dan sedekah.

No comments: