ensiyahmuhammad

Friday, June 10, 2016

Dulu

Sekarang ni, kawankawan aku yang dulunya aktif berblog. Dah tak aktif dah. Mungkin kerana Blog dah jadi oldschool hee atau kerana dengan kewujudan instagram maka blog pon terkubur. Iyelah, mana ada orang suka baca panjang lebar sekarang. Orang suka tengok gambar cantikcantik. Lagi menarik dan unik. Caption pun pendek. Ringkas dan padat!

Sekarang, aku pun aktif juga di insta. Tapi itu pun nak promote business guna bisnes punya insta. Kalau tak kerana bisnes, memang aku tak berapa nak aktif dekat insta tu. Entahlah, makin aku usha insta kawankawan aku. semua orang, makin aku rasa betapa 'daif'nya hidup aku. Tak menarik macam diorang. Rasa macam tak bersyukur dengan hidup sendiri. Jadi, secara peribadi, memang aku tak suka bukak insta. sebab nanti aku akan mengalami kemurungan. huhuhuhuhu

 Aku suka 'menyorok'. Aku tak berapa suka nak tunjuk dekat orang apa yang berlaku dalam hidup aku, secara detail. Mungkin aku bukan jenis yang suka berkongsi perkara peribadi. Atau aku rasa takde benda yang menarik yang best dikongsikan. or aku rasa, perkara tu istimewa untuk aku dan 'dia' saja.jadi, tak perlu orang lain perlu tau. hehe

apa pun, aku masih cintakan blog. ini ruang untuk aku luahkan segala yang ada dalam benak ku. best. mungkin sebab aku tau kurang pembaca. jadi orang pun takdela tau sangat apa aku merepek hehe.

2 comments:

Hikaru said...

Aku masih aktif, tapi aktif untuk bacaan peribadi. ^^,
Mungkin aku patut mengaktifkan balik blog2 lama aku untuk tatapan kau. Cewah, bajet special tak?

nc said...

kahkahkah. patut patut