ensiyahmuhammad

Tuesday, June 7, 2016

Amanah yang Suci

Untuk orang yang berkahwin, pasti mempunyai impian untuk mempunyai zuriat. Zuriat yang akan menyambung keturunan, yang menjadi asbab untuk melangkah ke syurgaNya. Zuriat yang Allah amanahkan dan akan dipersoalkan sama ada kita menjaga mereka dengan baik atau tidak. 

Bagi pasangan yang dikurniakan zuriat, cabaran terbesar adalah untuk mendidik mereka. Dan, sebagai ibu bapa, banyak ilmu yang kita kena tahu. Sebab salah didikan, akan memberi kesan jangka panjang pada mereka. 

Pernah ada satu perbincangan dalam usrah yang kitorang ni dah kena buat persediaan untuk menjadi seorang ibu. Masa tu aku gelak-gelak je, sebab aku baru 20 tahun. Calon pun takde, dah kenapa nak prepare jadi ibu??? Tapi sekarang aku menyesal pulak gelak-gelak. (Hmmmm, lambat sangat aku matang. tapi sekarang pun tak berapa nak matang lagi. hahahhaa)

Aku ingat lagi soalan akak tu. "Cuba bayangkan, apa kita nak jawab dekat anak-anak kalau anak tanya...
"Ibu, kenapa telinga dekat kiri kanan, kenapa tak kat depan?"
"Kenapa matahari panas?"
"Kenapa adik ada dalam perut?"

Masa aku dengar soalan akak ni, aku pun terfikir. Kalau orang dewasa yang tanya, bolehla jawab dari segi sains ke, dari segi kehidupan ke. Tapi ni budakbudak kot. Mana paham. aiyarkk Dan soalan budakbudak tu, tak boleh dijawab dengan "Diam! jangan banyak soal.". Kalau ibu bapa jawab macam tu, tu maksudnya kita dah halang sel-sel otak dia dari berkembang. dan kita dah matikan salah satu sifat kanak-kanak, iaitu ingin mengetahui dan ingin belajar.

Bakal biras aku, dia up status dekat FB. Anak dia tanya macam ni,

"Ibu.. If Allah knows every single thing; the past, the present or even the future to every fine detail.. why doesn't He take control of everything by just saying 'kunfayakun'? Easy!.. and, if our fate is completely predestined, why do we still need to strive for our life?..Anyway, do I still have the free will to design my own future, Ibu??"
 Terjemahan
"Ibu, kalau Allah boleh tahu semua benda; perkara lepas, kini dan masa depan dengan tepat, kenapa Allah tak kawal semuanya dengan cakap "Kun fayakun"? Senang! dan, jika takdir kita dah ditentukan, kenapa kita kena berusaha untuk hidup? Saya masih ada peluang untuk tentukan takdir saya sendiri ke, Ibu?"

Gempak gila dia ni. Soalan tentang akidah yang dia tanya. Pergh! Salah jawab, boleh pesong akidah. huhu Aku baca dalam blog keibubapaan, kalau anak-anak tanya soalan akidah, tak payah jawab. Cakap je dekat diorang. "Allah sayang bila tengok orang yang rajin solat" --- lebih kurang macam ni.

Erm, aku nak jawab macam ni, memandangkan anak bakal biras aku ni main taekwando. Jadi, Aku nak jawab dari segi taekwando. Nama dia Ammar. 
"Ammar, Allah memang tahu semua benda. Macam Ammar masuk pertandingan taekwando hari tu. Allah dah tau dah Ammar boleh menang. Tapi kenapa Allah tak sebut "Kun Fayakun", nak bagi Ammar terus menang? Sebab Allah nak Ammar berusaha, pergi latihan. Jadi orang yang lebih baik. Lebih baik sebab Ammar jumpa ramai orang, Ammar sentiasa berlatih untuk buktikan yang Ammar kuat. Kalau Allah bagi Ammar menang macam tu je. Ammar tak jumpa ramai kawan. Ammar takkan join banyak lagi pertandingan. Kan tak best macam tuuu?
"Takdir kita memang dah ditentukan. Tapi bila kita berusaha dan buat apa yang Allah suka, takdir kita boleh berubah. Contoh macam hari tu, Ammar menang nombor 2 pertandingan taekwando. lepas ni, Ammar usaha lebih lagi, dengar cakap ibu ayah. lepas ni, masuk pertandingan lagi, boleh menang nombor 1 pulak. kalau tak dapat, usaha lagi. lagi dan lagi. sampai dapat. Jangan pernah putus asa"
"Ammar boleh rancang Ammar nak jadi orang yang macam mana. Selagi benda tu baik, insyaALLAH Allah izinkan"
wallahualam
basically aku tak tahu sama da jawapan aku ni, boleh diterima oleh kanakanak ke tak. hehe tapi aku percaya, kanakkanak kalau kita layan soalan dia dengan jawapan yang betul. diorang boleh faham. dan cepat matang. Aku mohon maaf awalawal kalau jawapan ni tak sesuai. Almaklumla, aku belum ada anak sendiri. baru ada anak buah. Anak buah aku selalu banyak tanya. Layan jela apa yang dia tanya. Jangan dai kata nak makan hamster aku sudah. Hee

No comments: