ensiyahmuhammad

Friday, May 27, 2016

Tujuan

Assalamualaikum. 

Hari ni aku lambat pergi kerja, Pukul 9.15pagi baru bangun, aku solat subuh Ok, cuma lepas subuh tu aku tak larat nak mengaji. Jadi aku tidur. Baju yang aku rendam malam semalam, konon nak jadi anak dara mithali buat kerja awal pagi, terus terbantut.

Ini semua gara-gara kerana semalam aku diserang sakit kepala masa menunggang motor. sampai ke malam aku susah nak tidur. Menahan sakit.Hmm banyak pulak alasan aku. huu

Pukul 9 pagi - 5 petang, aku kerja pejabat. Petang sampai malam aku jual Kukis. ehehe. Kerja dengan orang, kerja sendiri, ada kepuasan dia masingmasing. Bagi aku, dua-dua jenis kerja ada kepentingan dia. Macam aku, kalau ikut hati, malas nak kerja dengan orang. Nak buat apa peningpening kepala fikirkan masalah orang. Orang tak bayar hutang, pastu tanya, kenapa tak bayar? Adoi, aku pekerja je kot. Buat apa tanya aku. - dalam hati

Tapi aku belajar banyak benda. Benda yang aku akan hadapi juga, bila aku punya pekerja sendiri nanti. (InsyaALLAH, Aaammmiinn). Macam mana nak kawal kos perbelanjaan, kos pemasaran, pengiklanan dan kos-kos lain. Banyak benda yang berkaitan dengan kos. Aku perhati je macam mana bos aku handle bisnes dia, sambilsambil aku apply untuk bisnes aku. Well, experience is the best teacher, kan?
Aku cakap kat kakak aku, aku nak sale RM10,000. Dia tak gelakkan aku, tapi dia doakan. Alhamdulillah. Aku memang perlukan semangat dan motivasi. Aku buat bisnes Kukis ni belum sampai setahun pun lagi, tapi masyaALLAH, dah beberapa kali aku rasa nak give up. Menangis pun jangan cakap la berapa banyak kali. Ini baru bisnes kecik, kagum betul aku dengan orang yang buat bisnes besarbesar. Lagi banyak halangan dan cabaran diorang. 

Masa awal-awal aku jual kukis, memang niat nak cari duit nak bayar yuran je. Almaklumlah, masa tahun akhir tu aku self-sponsored. Alhamdulillah, duit hasil kukis ni dapatlah tampung sedikit sebanyak duit makan aku. Yuran pulak dapat bantuan zakat n jabatan. Alhamdulillah. Rezeki Allah bagi memang tak tersangka-sangka. Bila duduk diam-diam, ingat balik macam mana perjalanan aku, mesti rasa nak nanges. Rasa terharu sangatsangat. 

Bulan Disember 2015, aku pergi Intensif Magnet Kejayaan Kekayaan (IMKK), dari sini aku mula nampak kenapa aku patut berniaga, kenapa aku kena kaya, kenapa aku kena betul-betul yakin dengan rezeki Allah. Banyak yang aku belajar, tapi belum banyak yang aku praktikkan. Dr. Azizan Osman cakap, Fast Action Fast Result. Ya, memang betul. Tapi aku ni kan anak murid yang kurang mendengar kata, sebulan selepas dari IMKK baru aku cuba praktikkan apa yang kami belajar. 

Target aku memang sale RM10,000 sebulan, which is bagi aku memang tak mustahil. Boleh je dapat. Cuma produk aku sekarang ni ada satu je. Jadi aku kena luaskan pasaran. Doakan aku. Doakan aku. Doakan aku. 

Pekerja yang baik akan jadi peniaga yang baik. dan harapan aku, tinggi mana kejayaan dan kekayaan yang aku nak capai, aku masih rendah hati dan tak lupa bersedekah. 

Hari ini, hari Jumaat. Hari pertama aku nak menderma hasil dari jualan Kukis sepanjang kami berniaga. Doakan kami istiqomah. Aaammmiinn

No comments: