ensiyahmuhammad

Monday, May 30, 2016

Dua Jam Yang Sunyi

28.05.2016

Jam 6 petang . . .

"Kereta tak boleh start"
"Huh? Kenapa?"
"Tak tahu. Mungkin masalah bateri atau masalah plug. Tengok macam spark takde je ni"
"alamak. nak buat macam mana sekarang?"

Masa ni kami berada di KPJ Ipoh. Betulbetul baru lepas melawat kawan. Bateri henpon masingmasing tinggal sikit. Bateri aku lagi la hancus. dah tinggal 12%. Bilabila masa je boleh mati.Aku cuak. 
Aku call kakak kawan aku. Tapi aku dah agak dah, mesti dia busy. Iyelah, nak kemas kemas waktu kenduri kot, bukan sekejap. Aku mesej Zati, ayah dia pulak kerja balik malam. Kawan aku try call kawan dia pulak. Sambilsambil tunggu, aku baca almathurat, hasil doorgift dari wedding mirul. Aku makan popcorn, doorgift dari wedding Fiqqiah. Aku belek buku doa harian yang ada dalam beg doorgift tu. 

"Nah! baca ni"
"Baca apa?"
"Doa ketika di dalam kesusahan"

Berguna sungguh. doorgift macam ni ketika waktu kecemasan. hehe

Tak lama lepas tu, alhamdulillah. Allah bantu kami. Kawan kepada kawan aku tu bagi nombor mekanik. Tak lama lepas tu, mekanik pun sampai. Kena tukar bateri. RM240 terbang. Dompet aku tak banyak cash. Aku hulur rm50 je kat dia. Dia pun tak cukup cash. Alhamdulillah mekanik tu percaya dekat kami. Dia bawak kami pergi Maybank. Kalau ikutkan, boleh je kami lari lepas tu. Tapi, kena ingat rules kehidupan. Kau tipu orang, hidup tak berkat. Lagi banyak kau kena tipu nanti. Kesimpulannya, jangan buat taik kat orang. hoho

Sampai kat Maybank. dah withdraw. kitorang solat dulu. Lepas solat. rehat jap. Kol 9 malam baru mula perjalanan balik ke KL. 

Waze cakap, kol11.15 boleh sampai KL. Tapi kena lalu tol. Kawan cuba cari jalan yang tak lalu tol. Aku macam biasalah. Mesti tertido punya dalam kereta. kalau tak tido nyenyak pon, mesti dah mamai. and plus masa tu kepala aku memang sakit sangatsangat. entahla kenapa. sakit sebab tak cukup tidur. atau sakit sebab memang aku dah penat sangat. 

Sebelum kitorang sampai Ipoh, kitorang pergi Tanjung Karang dulu. Dari Tanjung Karang nak ke Ipoh, jarak perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam juga. Sebelum kitorang sampai ke Tanjung karang tu pulak, kitorang pergi Subang. Hantar Kukis pada customer. Memang seharian duduk dalam kereta je. 

Bila aku dah macam sedar sikit. aku tengok jam dah pukul11 lebih. tapi masih tak sampaisampai lagi. Kitorang masih berada di Bidor. Oh my. Jadi dua jam selama ni kitorang buat apa??

Bila waze, dari Bidor nak ke KL tu ambil masa dua jam lagi. oh my. aku dah mula marah! aku siap merungut cakap 

"kalau macam ni baik lalu ikot jalan tadi je" 

dan itu ayat terakhir aku dekat kawan aku.

Kawan aku minta maaf. Aku diam.
Kawan aku tanya jam pukul berapa. Aku diam
Kawan aku minta maaf lagi. Aku diam. 

Aku rasa marah. Aku rasa marah sangatsangat. Sepanjang aku diam tu, banyak benda aku fikir. dan aku diam bukan sebab aku sukasuka nak diam. Sebab kalau aku bercakap, mesti keadaan jadi lagi teruk. Aku banyak perang dengan diri sendiri. Separuh diri aku rasa nak marahmarah dia, Separuh lagi suruh bertenang. Fikir jalan yang terbaik. Apalagi alternatif yang terbaik.

Aku rasa nak membebel. Bazir duit minyak. Bazir duit tol. Bazir masa. semuala bazir. tapi aku encounter balik. Kenapa nak salahkan dia 100%? tadi aku jugak yang tak halang masa dia cakap nak cari jalan yang tak guna tol? Aku jugak yang ajak dia g Ipoh. Aku jugak yang tido dalam kereta. tak teman dia tengok jalan samasama. 

Sepanjang dua jam, aku memang senyap. tapi hati aku dah beribu bahasa. Aku risau. Jalan gelap. Lampu kadang terang kadang tak terang. Aku yang duduk sebelah dia pon kadangkadang terlelap. apatah lagi dia? dia mesti penat glerrrr. dari awal pagi kol8 dia ambik aku kat rumah lagi dia yang drive. Lagi berganda dia penat dari aku. and ada jugak aku rasa loser, sebab aku tak boleh ganti dia drive. aku kesian pada dia. 

alhamdulillah. kami selamat sampai. pukul1 ++ pagi. sampai rumah. memang takde cuci muka apa pon. bateri fon yang flat pon aku biarkan je sbb tak larat sangat. aku bangun waktu subuh. lepas solat baru aku cas tepon. then aku tido. kol9pagi aku baru bangun.. aku tgk ada wassap dari kawan aku tu, dia mintak maaf lagi sekali. huu aku pulak rasa bersalah buat dia rasa bersalah. 

eloklah aku senyap dua jam, daripada aku berkatakata dengan perkataan yang menyakitkan hati yang mungkin dua dekad pon belum tentu boleh dilupakan. :(

Dua jam yang sunyi yang penuh dengan pertarungan dalam diri untuk menjadi seorang yang tidak terlalu ikut emosi. 

Hmm.. nak masak lasagna la untuk dia. tanda aku minta maaf. 
Doa la menjadi. Fuh!


No comments: