ensiyahmuhammad

Wednesday, December 2, 2015

Betulkan

Akhir--akhir ini rasanya aku dah jadi mind spelling corrector. Rasa terganggu bila orang salah eja, contoh "fanction" sepatutnya "function", "Prize" sepatutnya "Price". 

Dulu-dulu, bila orang salah eja, aku tegur direct. Bukan bertujuan nak menggelakkan, aku beranggapan, dia tidak tahu ejaan sebenar. Kan lebih baik aku tegur, supaya dia dapat belajar dan takdelah orang gelakkan dia dalam diam. Tapi tidak, orang tak berfikiran sama macam aku, atau teguran aku tak berhikmah, maka dilabellah aku sebagai orang-berlagak. pfftttttt

Muhasabah diri. 
Orang tegur kerana mahukan yang terbaik untuk kita, tapi dek kerana ego, kita merasakan yang mereka mahu tunjuk lebih baik dari kita. Betullah quote yang selalu aku jumpa di timeline Fb, memikirkn/merisaukan sesuatu yang tidak berlaku hanyalah membuang masa.

Beruntunglah orang-orang yang menerima teguran dengan baik kerana itu bukti ego anda tidaklah setinggi langit.

No comments: