ensiyahmuhammad

Monday, April 6, 2015

hidup

dunia sentiasa sibuk. 
buka wall fb - banyak pasal GST, cerita artis, budak jatuh, politik dll.
buka moment wechat - banyak pasal kehidupan peribadi. perjalanan harihari.
wassap - sentiasa ada saja. group apatah lagi. noti 300+ itu biasa. 
telegram - group cuma ada satu, tapi yg satu itu........... dalam satu malam dapat noti 2000. itu biasa.
instagram - gambargambar yg cliche - pergi wedding sanasini. 

aku jadi bosan dengan semua ini. aku rasa rutin hidup aku. sama saja. 
bangun pagi. tengok noti. kalau rajin aku baca. kalau malas, buka dan tutup.
pergi kelas. balik dari kelas.
siapkan esaimen/pegi discussion. tidur. 

aku jadi lali dengan isu perbualan orang dewasa. 
nak kerja apa? nak kahwin bila? duit simpanan dah berapa? nak cincin yg macam mana?
kadangkadang aku rasa aku tak 'hidup' dalam hidup aku.

tapi, aku tak boleh lari dari realiti yang aku memang org dewasa. 
cepat atau lambat, aku kena lalui fasa yang orang tanya bermacammacam soalan. 
soalan yang sebenarnya hadir dengan tanggungjawab. 

tanggungjawab yg aku takut nak pikul. 
takut takut pun, satu hari aku kena jugak pikul.
bukan terpaksa, tapi itu fitrah manusia. 
sebab aku masih manusia. 

tapi setiap orang punya escapism sendiri. 
haaa haa ha haa haa ha (sila gelak dengan nada jahat. ikut panjang pendek please)
(kau betulbetul buat ke? thank uuuuu ngee)

dan untuk aku...
aku suka harihari dimana aku mengajar.
aku suka perasaan mengajar tu. 
aku suka perasaan bila anak murid aku bertanya pasal pelajaran.
dan aku suka bila anak murid aku brkongsi perasaan - kadang pasal cikgu sekolah yang garang, kadang pasal kawan yang dengki, kadang pasal lapar. kadang pasal jerawat. 
kadang aku konfius, aku ngajar ke aku borak? haha
aku rasakan hidup aku 'hidup'.

dan aku mahu. dalam sebulan aku ada interaksi dengan alam. 
bulan lepas Bukit Tabur, Bukit Tinggi (untuk kali kedua hihi).

ada sesiapa sudi nak bawa aku ke Bukit Saga? 

bulan enam tungguuuuuuuuuuuu. sebelum Ramadhan tiba. 
aku mahu tawan trio Kuala Kubu Baru ; Bukit Kutu, Lata Medang, Sg. Chilling.

sedang berdoa banyakbanyak dapat join CBL Mei ini.
jika ditakdirkan aku dapat. aku kena berguru on hiking knowledge for dummies. haha 

No comments: