ensiyahmuhammad

Friday, March 6, 2015

Pasukan kami.

Bismillahirrahmannirrahim...

Segalanya bermula dengan IIUM Confession. Selalunya, IIUM Confession penuh dengan confession cinta yang tak kesampaian, crush sana sini, mahu berkenalan dengan orang itu ini. Tapi minggu itu, segalanya tidak seperti biasa. Bila ada seseorang ini confess yang.. 

Dia takde duit nak makan. Dia berlapar. dia tahan perut. Dia tak mampu nak beli nasi. dia mmg takde duit sangat sangat. 

Dan lepas itu. makin ramai student yang confess yang mereka pun tiada duit. Allahu. Aku sangka kan. aku dah cukup struggle nak bayar duit yuran belajar. rupanya ada orang yang lagi susah. 

Kemudian, satu meeting tergempar yang diketuai oleh Nurul Hidayah Adnan. meeting ini khas utk bincangkan apa yang patut dilakukan untuk bantu mereka yang perlukan bantuan. Aku tak datang pada malam itu. Tapi, Ameer al-hakeem, orang yg aku percaya. ada malam itu. dan dia ceritakan semua. 

Menggunakan duit yang mereka kumpul pada malam itu, mereka terus ke NSK dan beli roti. esoknya, mereka letakkan roti dan kaya pada setiap mahallah. Mereka bergerak atas nama IIUM Confession Team. Ini inisiatif pelajar utk tolong pelajar lain. Mereka bukan lah wakil badan mana mana. mereka hanya ingin menolong.

Sejak itu, banyak sumbangan yang datang. dipendekkan cerita, kolaborasi dengan wakil wakil pelajar dijalankan. sumbangan sudah berubah kepada nasi. dan mereka bergerak atas nama IIUM Food Relief (I-FOR).

Namun, bila banyak kemudaratan dari manfaat.... untuk kebaikan bersama maka kami memutuskan utk bergerak sendiri dan bukannya berkolaborasi dengan mana mana pihak. Kini, Kami bergerak atas nama The Team. 

Malangnya, ada yang menuduh pihak kami inginkan nama. tidak amanah menjalankan tugas dan lainlain lagi. Allah. Sakit hati saya membaca tiap tuduhan. Sakit lagi hati pengasas penggerak The Team menelan segala pahit. 

"Ikhlas itu dihati".. ini kata kata pujukan. untuk kami sama-sama menguatkan.

Iya, kami memang bukan badan kebajikan yang sah. yang berdaftar dekat mana mana organisasi. Tapi, kami cuma berniat utk membantu kawankawan kami yang perlukan bantuan. Duit yang orang sumbangkan. Itu amanah. Sikit pon. kalau kami ambil, pasti akan di tanya di akhirat. 

Apa yang kami dapat dengan buat semua ni? Star point? Sijil? Semua itu tidak ada. malah identiti kami, bukan semua orang tahu. Kami hanya lakukan ini kerana kami merasa terpanggil untuk membantu. bukanlah mempunyai kepentingan mana mana parti politik. Dan jika ada pihak pihak yang tetap merasakan kami ini tidak telus. Jujurnya, kami tidak tahu bagaimana lagi untuk meyakinkan kalian semua. 



The Team. Kami ini hanyalah sekumpulan pelajar, yang awalnya tidak mengenali antara satu sama lain. Hanyalah sebagai keyboard warrior di IIUM Confession.

Tolonglah. Cukuplah memfitnah kami. Allah jaga aib kita. Mohon kita sesama manusia turut menjaga aib. walaupun kita ini sering kali tewas dengan godaan syaitan.

Mohon, kalian mendoakan kami istiqomah dalam menggunakan dana yang orang salurkan ke arah kebaikan. 

kami perluakn doa kalian. Sangat. 

Ahli-ahli The Team, 
Kak en sayang korang semua. :)

No comments: