ensiyahmuhammad

Monday, December 15, 2014

kurang ayat

ini minggu terakhir. minggu depan sudah bermula peperiksaan akhir untuk semester ini. ada dalam kalangan kawankawan aku, ini semester terakhir mereka. dan itu juga bermakna.. aku tidak akan berjumpa lagi dengan mereka semester depan. pastinya, aku sedih. 

izinkan aku bercerita tentang seorang kawan ini. 

aku tidak ingat bagaimana detik pertemuan kami. tapi aku bersyukur kerana mempunyai jodoh untuk bertemu dengan dia. dia seorang kawan yang sangat memahami. tahap memahami tu sampai aku pun tertanyatanya macam mana la dia boleh ada kesabaran yang tinggi melangit sampai camni sekali. 

---- sesuatu yang aku takde.

dia yang sudi teman aku tengok wayang lewat malam --- masa aku tengah stress.
dia yang sudi teman aku naik motor lepas balik kerja --- masa masingmasing nak kenal dunia kononnya
dia yang aku heret samasama masuk dapur --- masa kami nak cubat bakat terpendam
dia yang samasama terdampar kat tepi jalan waktu malam --- masa motor habis minyak
dia yang banyak sabar --- pada setiap masa aku buntu lagilagi dalam assignment

---- kawan yang riang sentiasa. walaupun banyak 

sejak kenal dia, boleh kata setiap semester kami akan ada satu subjek yang sama. dan mesti kami satu group. dan mesti... kami akan buat esaimen sampai tak tido malam. selalu jadi begitu. macam satu kewajipan pulak. bila masingmasing dah berjaga buat esaimen tu, bila sorang dah penat, sorang rehat dulu. then bila sorang dah bangun, sorang pulak sambung buat kerja. 

bila menaip macam ni. aku jadi hilang ayat pulak. 

akhirakhir ni, memang aku kurang ayat. 

aku sayang dia

1 comment:

Mizuno Ami-chan (ZZ) said...

bertuahnya awak dpt kawan mcm dia dan bertuahnya dia dpt kawan mcm awak. sama2 pimpin tgn dan menuju ke syurga k :)