ensiyahmuhammad

Monday, November 10, 2014

seimbang.

aku tidah tahu dengan orang lain, tapi apa yang pasti dengan aku adalah, kawankawan aku dan persekitaran aku memang mempengaruhi cara aku berfikir. 

bila aku duduk dengan kawan yang tak asyik fikirkan bila mahu berkahwin, aku jadi turut termotivasi untuk berfikir 

"oh my! aku takde orang lagi ni, bila aku nak kawennnnnnnnnnn???"

bila aku duduk dengan kawan yang sedang melanjutkan pelajaran, tak kira sama ada dalam master atau kelayakan professional, aku jadi berfikir

"aku pun nak jugakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk"

bila aku duduk dengan kawan yang asyik fikirkan resipi terbaru, masak itu masak ini, aku jadi terfikir,

"ok, nanti balik umah ni nak masak lagi la. hari tu dah try resipi yang ni, sekarang nak try resipi yang lain pulak"

bila aku duduk dengan kawankawan yang berfikir tentang masalah masyarakat, aku jadi berfikir

"tak boleh jadi ni, aku kena banyak baca buku ilmiah. so that aku boleh berfikir kritis"

dan lainlain

kadangkadang aku rasa, eh, aku ni takde pendirian yang tetap ke? aku takde matlamat yang jelas dalam hidup ke? atau aku ni lalang yang ikut saja arus tanpa fikir dengan kritikal baik dan buruk. 

tapi bila aku fikir secara kritikal, aku ni manusia kot. ada kemahuan, ada minat, ada rasa peduli pada masyarakat, jadinya apa yang aku rasa ini normal. cuma untuk memastikan mana satu yang memang prioriti aku, itu yang aku gagal. cuma, apa yang aku pasti. aku tak mahu menjadi orang yang hanya memikirkan pasal perhubungan sampai tidak pedulikan benda lain. dan aku juga tidak mahu hanya memikirkan minat sendiri sampai melupakan fitrah manusia. 

aku hanya mahu menjadi orang yang seimbang. oleh itu, aku harus bahagikan masa yang tepat dengan kelompok kelompok kawan yang sebegini agar aku sentiasa seimbang. 

p/s: hari ini, dalam kelas accounting theory dan policy, hati makin berdegup kencang. tapi mata terus tertutup. hehe

No comments: