ensiyahmuhammad

Monday, November 10, 2014

sayang

titisan air sedang berlarian dengan laju dari mata. takungan sudah tidak mampu untuk menampung kuantiti air yang semakin bertambah. Ini bukan salah mata. ini semua salah jantung. jantung sedang berdegup dengan ritma yang tidak teratur. fenomena ini bukanlah asing sejak akhir akhir ini. kenapakah?

tanpa alasan yang jelas. aku sedang berasa rindu. rindu pada semua kawankawan aku. aku melihat mereka, sepertinya seorang demi seorang mahu meninggalkan aku. dan akhirnya aku ketinggalan seorang. penat aku berlari mahu berkejar, mereka sepertinya tersenyum melambai mahu tinggalkan aku. 

aku ini manja. bila sudah sayang. mahu melepaskan itu terasa berat. seakannya aku sedang memotong sebahagian diri sendiri. sakit. sangat sakit. susah jadi orang sentimental macam aku. cepat terimbas kembali memori zaman lampau. 

Allah. kawankawan yang ada dengan aku sekarang. aku mohon, murahkanlah rezeki mereka. jika ini pertemuan akhir kami, temukanlah kami semua di syurgaMu Allah. Untuk setiap kebaikan yang mereka curahkan untukku. hanya Kamu yang boleh membalasnya dan aku mohon, berikanlah mereka segala kebaikan yang terbaik utnuk mereka. sebagaimana mereka memudahkan urusanku, aku mohon agar urusan mereka juga dipermudah. 

Allah. sesungguhnya aku sayang mereka. sangat. untuk berbaki beberapa bulan saja untuk kami bersama, aku mohon agar ikatan kasih sayang antara kami terus kuat. 

aku sayang mereka keranaMu.

No comments: