ensiyahmuhammad

Saturday, November 15, 2014

Mencari

"pernah sampai satu malam. saya tak tahu apa yang saya nak. saya tak tahu kenapa saya kena study. kenapa saya pilih engineering. lepas saya dah habis belajar, apa yang saya nak buat? semua ini untuk apa? untuk apa sebenarnya? saya berjalan dan terus berjalan. dalam hujan pulak tu. tapi masa tu, saya tak peduli semua tu, saya sangat fikirkan apa sebenarnya yang saya buat ni....."

++++++++++++++++++++++++

Mencari apa yang dimahukan dalam diri tidak mudah. 
Tak semua orang mampu merancang dengan jelas apa yang dimahukan dalam hidup.
Semakin meningkat dewasa, adakalanya apa yang diinginkan dalam hidup semakin tidak jelas dek kerana lebih senang dengan sikap "aku ikut je flow hidup aku macam mana, ada rezeki aku, adalah" atau dengan katakata "penat je rancang itu rancang ini. alihalih tak jadi pun. biasalah, kita merancang Allah pun merancang. Allah sebaikbaik perancang"

Iya. aku tak nafikan yang rezeki itu Allah yang tentukan. Perancangan Allah memang yang terbaik. Tapi, yang mahu aku tegaskan di sini... usaha kau apa? Bukankah Allah itu melihat pada usaha, bukan pada hasil? Bukankah Allah sudah katakan, yg Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, jika kaum itu sendiri tidak berusaha? (Ar-rad 13:11)

Hidup ini perlukan perancangan. kita tak mahu jadikan hidup kita sia-sia. Aku yakin, semua mahu mendapat syurga. tapi cara untuk kita layak masuk ke syurga itu bagaimana? apa kau rasa dengan hanya dengan menyertai badanbadan dakwah, ikut daurah sanasini, usrah tak tinggal, kau sudah yakin mampu dapat syurga? dan kau kira, mereka yang tidak lakukan seperti yang kau lakukan, sukar jalannya ke syurga?

Jika engkau tidak tahu mahu merancang bagaimana. Tanyalah pada kawankawan atau orang yang lebih dewasa, sekurangkurangnya kau akan punya sedikit idea atau bayangan. 

++++++++++++++++++++++++
"Cuba awak ambil pen nie. awak baling"
"baling? baling ke mana?"
"baling jela kemanamana. tak kisah"
"err.. okay"

 pen pun dibaling. pelan saja bunyinya.

"kenapa awak baling ke situ?"
"entah. dah kata suruh baling. baling jela. hee"
"haha okay. sekarang, awak baling pen nie dekat dinding tu. baling kuatkuat"
"orait....."

pen dibaling lagi sekali. kuat bunyi balingan daripada yang tadi.

"awak rasa lebih mudah yang mana? yang pertama atau yang kedua?"
"mestilah yang kedua!"
"sebab?"
"sebab dah tau nak baling kat mana. baling jela. hehe"
"macam tu la hidup kita."
"kenapa pulak dengan hidup?"
"bila kita ada target dalam hidup, lebih senang kita nak capai apa yang kita hendaki. kita lebih jelas apa yang kita nak buat. kalau kita takde target dalam hidup, pemikiran kita kosong. kita tak tau nak pergi mana. faham analoginya sekarang?"
"faham!"

No comments: