ensiyahmuhammad

Saturday, November 22, 2014

Lama

Orang kata tak elok kita kenang masa lalu, benda dah lepas. Buat apa perlu di kenang. 

Aku kata, tak pe je nak kenang masa lalu, untuk kita "check and balance" diri kita yang sekarang. Kalau kita yang sekarang masih sama dengan kita yang dulu, tak boleh nak nyanyi lagu Tegar "Aku yang dulu bukanlah yang sekarang"

gituuuu..

Ini.. hari ketujuh aku demam, selsema. Alhamdulillah. InsyaALLAH ini kafarah dosa. Aku positif. tapi aku baru jumpa doctor empat hari yang lepas. dapat MC dua hari.. ingat senang ke nak dapat MC? orangorang yang terpilih je boleh dapat. haha

Aku sedang menggunakan laptop ASUS.. laptop pertama yang abang aku belikan pada tahun 2007. dan pada tahun 2013, abang aku belikan lagi laptop yang baru. Lenovo pula. Eyh, bukan belikan. Ayat dia.. 

"Laptop ni, laptop aku tau. kau pakai je"

Baiklah. 

Masa tu tahun 2007. Aku nak SPM. sekarang 2014. aku dah tahun keempat, minggu ke9. Isnin ni minggu ke10. maknanya lagi 4 minggu aku akan berhadapan dengan peperiksaan akhir tahun. sebelum bercuti dan masuk semula untuk semester terakhir pada bulan Februari nanti. Insyaallah.

Banyak kenangan aku dengan laptop ni. Laptop ni la yang aku bawak ke hulu ke hilir masa aku sangat aktif dengan censerve. Gambargambar kenangan masih lagi tersimpan dalam laptop ni, walaupun tak banyak. tapi aku sangat hargai. 

Bila aku lihat semula gambargambar itu dan lihat aku yang sekarang. 

Ye, aku dah semakin matang. Matang dalam berfikir dan insyaALLAH matang juga dalam tindakan. 

No comments: