ensiyahmuhammad

Wednesday, October 1, 2014

oh.

Aku penat. Sungguh aku tak tipu. Balik kelas pukul3.30petang, bergegas cepatcepat pergi dua company yang bakal jadi bahan ujikaji untuk semester ini. Walaupun dua company tersebut bukanlah asing untuk aku, tapi dek kerana urusan hal pelajaran dan dasar hormat, adab perlu dijaga.

Naik office, turun, ke kiri kanan nak jumpa orang yang diperlukan. Lepas tu, dengan laparnya yang tak ingat sebab tak makan lunch, fokus sangat baca buku untuk kuiz kononnya. Balik lepas jumpa company, kena hujan yang lebat selebatlebatnya............. 

Badan aku sangat letih. Tertidur lepas maghrib, pukul 10 baru bangun. Terlepas meeting. untuk kali kedua, haruslah sesuatu yang tak best untuk bersemanyam dalam hati aku. Dan sekarang, hampir pukul 2 pagi, masih belum ketemu issue yang perlu di kaji untuk semester ini, menambah lagi perasaan yang tak best dalam hati. 

Aku rasa hilang kawalan. 

oh tidak.

No comments: