ensiyahmuhammad

Sunday, October 26, 2014

Memasak

dah tiga hari berturut - turut, dapur di rumah, aku yang conquer, masak kek pisang la, pizza la, jeruk mangga asam boi la. Alhamdulillah, semuanya ahli keluarga sapu licin dan komen sedap. hehe (nak ambik hati aku la tuuuu haha)

Apa pun, aku bahagia. Melihat mereka suka dengan masakan aku, sudah cukup membahagiakan aku. Apa pun, bila aku melihat, bagaimana bangkitnya aku untuk melawan rasa fobia untuk masak, dengan cubaan setiap cubaan yang aku lakukan, aku cukup rasa berbangga dengan diri sendiri. 

Walaupun masakan aku belumlah sampai say-what-you-want-and-i-will-cook-for-you, cukup untuk masak apa yang mak inginkan, aku puas. hahahaha sampai mak cakap, "lepas ni mak boleh bukak kedai, yaya dengan kakak dah boleh masak macammacam"

Haha, minat untuk memasak dah makin berkembang. Rasa lebih bebas dan bahagia bila kita memasak bukan sematamata nak kahwin, nak ambil hati keluarga mertua. Memasak itu satu keperluan, tak kira untuk lelaki atau perempuan sebab kita perlu ada kemahiran.

Tapi, aku masih belum kuasai masakan tradisional yang mak selalu buat. Memandangkan aku yang paling dekat dengan mak, pastinya aku mahu kuasai semua masakan yang mak mahir. Pernah ada seorang kata pada aku;

"Yaya, belajarlah dekat mak nak buat itu ini (nama makanan), kalau yaya tak belajar, nanti sayang takde siapa dapat waris masakan mak."

Touching you know.

InsyaAllah, soon aku akan belajar jugak dekat mak cara nak buat keropok, petis, dan masakan tradisional yang lain. 

Doakan aku. 

p/s: pizza aku dapat sambutan yang sangat menggalakkan. keluar je dari oven, terus abes lesap! aku dapat makan satu dua keping je. -___- 

No comments: