ensiyahmuhammad

Wednesday, October 8, 2014

Kuda tua

Stall and Bazaar'14 (STABAZ'14) lagi beberapa hari saja lagi. 11 - 15 Oktober 2014, sepanjang lima hari ini, aku bakal sibuk sesibuknya. Berada di CONVEST hill dari pagi sampai malam. 

Tapi lagak aku sekarang ini, macamlah program tu lagi sebulan lebih. tak sedar diri. mungkin, kerana usia yang meningkat ni, aku rasakan dah hilang semangat nak rancak beraksi. Kuda tua yang sudah tidak punya energi, uhuk uhuk. (batuk tanda tua)

aku sebenarnya sudah hilang motivasi. mungkin aku sudah tidak punya tujuan kenapa aku harus berada di dalam program ini lagi. bukanlah sebab program ini punya masalah.. aku yang sebenarnya bermasalah. aku memang begini, sekali sudah hilang motivasi, semua benda aku buat sambil lewa saja. susah jadi orang yang ikut emosi macam aku ini.

ini satusatunya program yang aku join untuk semester ini, maksudnya.. aku jadi komiti. lepas ini, sudah tiada lagi program. bagus jugak, takdelah aku menjadi beban kepada sesiapa. 

aku hidup... asyik menjadi beban kepada orang lain. 

 

No comments: