ensiyahmuhammad

Saturday, October 18, 2014

Kecewa

Bila dah namanya perasaan, itu semua anugerah kurniaan Ilahi. Perasaan sayang dan kecewa juga, tanpa izinNya, mesti takkan timbul perasaan tu. dan sekarang, aku sedang kecewa. Ternyata, kumbang yang aku puja dalam diam, sudah ada yang istimewa di hatinya. 

Jujurnya, untuk pertama kali, aku mahu saja lakukan langkah pertama, meluahkan rasa cinta. Cewah... tapi aku teragakagak. Hati aku tak memberi fatwa supaya teruskan. Kawankawan juga tidak bersetuju, tapi aku sendiri pun tidak berani. Memang untuk halhal yang berkaitan dengan hati dan perasaan, aku takkan pernah berani. Hanya mampu mengintai di sebalik tabir saja. 

Sebenarnya, aku baru saja punya telefon bimbit baru kerana telefon ku sudah nazak. Memikirkan ada keperluan yang menunggu, di beli juga telefon bimbit yang kononnya bijak. Jika ikut hati, tidak rela. Kerana ku tahu, telefon bijak ni hanya mengurangkan privacy. hoho

Oleh kerana telefon baru ku ini kosong, maka daku pun install la segala application twitter, insta dll. Aku ini, nama saja sudah punya semuanya, tapi aktifnya tidak. Palingpaling, tetap Wechat menjadi pilihan aku. Ku akui, aku bukanlah orang yang techno-savvy.

Ceritanya, dah namanya pun suka seseorang, jadi aku pun menjadi seorang pemburu tegar di twitter dan insta untuk mencari si dia. cewahhhh. pemburu tegar gitu haha.. dan usahaku tidak siasia. aku jumpa! hahahahahahha 

di twitter ku lihat dia aktif berborak dengan sorang gadis. itu ok lagi. 
tapi, di insta.... pada mulanya aku nampak komen... "tahniah awak". dan apa lagi, aku tekan nama empunya diri. dan aku lihat gambar sebuah patung dolphin warna hijau dengan caption..

"hye..
nice to meet u ollzz..
thanks awk utk adiah nii..
Insyaalllah kte akn jage dye elok2 k..
#lotsoflovekedingbobo#
#15/10/2014#

aku terkedu dan terpaku. rasa hati ku di rentap kuat. 
seidh, semestinya. tapi takpe, sekurangkurangnya Allah jaga dari aku meluahkan rasa. 

Aku kecewa.

No comments: