ensiyahmuhammad

Thursday, October 16, 2014

Habis

15 Oktober 2014, maka berakhirlah program STABAZ'14. Seperti yang aku jangkakan, pasti akan ada suarasuara yang tidak puas hati bila berakhirnya program ini. Sama seperti tahuntahun yang lalu. Sepertinya jadi satu tradisi. Selain dari sebab permohonan aku mahu jadi komiti STABAZ'14 terus diluluskan, aku ada sebab tersendiri mahu jadi komiti STABAZ'14, sedangkan apaapa sahaja yang berkaitan dengan keusahawanan bukanlah sifat yang ada pada aku.

STABAZ adalah singkatan untuk Stall and Bazaar merupakan satu acara tahunan di UIAM sempena pesta konvokesyen dikelolakan di bawah Entrepreneurship Development Centre (EDC). Selalunya, programprogram yang aku join kebanyakannya di bawah kelolaan Student Activity Development Division (STADD). Jadinya, pengalaman bersama STABAZ merupakan pengalaman yang sangat baru untuk aku. 

Sememangnya gerak kerja STABAZ sangat berbeza dengan gerak kerja program lain yang biasa aku sertai. Aku memerlukan masa yang agak lama untuk terima dan mungkin kerana kebanyakkannya adalah mukamuka yang tak pernah aku lihat, aku jadi seperti orang baru yang tak pernah sertai apaapa pun program. huhu

Tapi aku melihat ini sebagai satu pengalaman yang terbaik kerana ini membuktikan masih banyak lagi yang perlu aku belajar. Tidak semestinya bila kita sudah punya bertahuntahun pengalaman dalam program itu sudah membuatkan kita ini sudah penuh ilmu di dada. Tidak. 

Setiap organisasi ada cara kerjanya sendiri dan aku hormat itu. Aku hargai setiap pengalaman baru yang aku terima. Pastinya aku tidak akan lupakan apa yang aku peroleh dari program ini.

Alhamdulillah kerana Allah makbulkan hajat aku untuk jadi komiti STABAZ.

kenangan terindah :)

No comments: