ensiyahmuhammad

Wednesday, October 29, 2014

Ego

Sambil aku menulis ini, telinga kanan ku disumbat dengan lagu "terbang tunduk" dari fynn jamal. dan apa yang aku alami sekarang, rasa macam kena setepek dengan muka. Bukanlah nak kata aku ni terkenal sampai semua orang kenal dan nak mendabik dada. cuma, bila aku mudah tak puas hati atas sesuatu, itu seperti satu amaran, ada yang tak kena dengan aku.

"Bertahanlah, wahai raksa, jangan kau terhenti
Berpautlah, wahai nyawa, ini bukan mimpi
Saksikan dengan mata
Rasakan dengan jiwa
Kau sedang tinggi
Jauhnya kau terbang
Siapa sangka?"

Baitbait kata, dalam lirik ini. Aku boleh kata, aku sedang terbang tinggi. 
Ikut semangat, sebenarnya aku dah tak larat nak menghadap buku.
Ikut hati, aku nak kerja. Karier sendiri. Cemburu tengok pada temanteman yang sudah ada keluarga sendiri dan aset sendiri. aku juga mahu

Berkaitan dengan ego. Semester ini, aku diuji dengan seorang lecturer yang aku sukar nak fahami kehendaknya. Setiap masa masuk ke dalam kelas, aku rasa macam nak masuk kelas jatuhan hukuman. Di mana sepanjang 1 jam 20 minit aku rasakan seperti sedang ditusuk pisau berkali kali, mati. dan selepas habis 1 jam 20 minit, aku hidup kembali. dan bakal mati semula pada kelas yang berikutnya. >.<

Kekadang, aku rasa seperti mahu memberontak. Marahkan lecturer tersebut. Bila perasaan itu timbul, cepatcepat aku istighfar. Aku kini seorang yang dewasa yang patut mampu untuk tindakan yang rasional. Aku bukan lagi pelajar yang umur 16 tahun yang pernah slumber marahkan cikgu dalam makmal. 
 
"Getir yang menghalang tak besar mana
Payah payah semalam
Moga mudah selama
Tiap apa yang mematah tegakmu
Tiap yang menolak
Tiap yang memijak-henyak
Biar di belakangmu
Jangan dikenang
Moga dibuang dendam dan sayu"
 
Mahu kekalkan sifat bersangka baik dan istiqomah bermanis muka dengan lecturer, aku rasakan sangat payah sekali. Sifat aku sahaja yang betul, lecturer tu yang salah, susah benar nak hilang dari kotak fikiran aku. Pernah sekali aku keluarkan kenyataan "Lecturer ni saja je cari pasal dengan aku". Ya Allah, aku lupa. aku ini hanya pelajar yang tak punya apa apa ilmu, seorang pengemis ilmu dari guru. tapi aku mahu mendabik dada.
 
Sering kali aku perlu motivasikan diri sendiri, yang Allah hantarkan lecturer ini untuk aku, supaya aku sedar yang ego aku sedang tinggi melangit. pantang ditegur, mesti melenting. Allah hantarkan lecturer yang suka sarkastik pasal muslim, supaya aku menjadi muslim yang baik. 
 
"Tuhan
Jangan kau izin aku lupa
Jangan kau biarkan aku mendepang dada
Pasakkan hatiku pada kaki
Paksakan ku tunduk sehingga mati."
 
Paksakan ku tunduk sehingga mati.
 

No comments: