ensiyahmuhammad

Wednesday, October 15, 2014

Duit

Semua orang perlukan duit. Semua orang ada duit... tipulah kalau orang cakap dia takde duit... duit syiling hatta 5 sen pun duit jugak kan..? Tapi, yang jadi masalah dengan duit.... bukanlah sebab takde, tapi....... 

tak pernah cukup. 

Bila perbelanjaan hidup lebih dari apa yang ada, memanglah takkan pernah cukup. gaji rm15k pun, kalau gaya hidup macam orang gaji rm150k, akhirnya akan mengadu jugak duit tak cukup.

tapi, bukan soal ini yang aku ingin kongsikan..

Dulu, sebelum praktikal, aku risau.... bagaimana aku mahu bayar yuran belajar memandangkan aku sudah tidak dapat pinjaman. mengumpul rm1000 itu, susah untuk aku. huhu Aku selalu risau, bagaimana aku mahu tanggung perbelanjaan aku sepanjang semester nanti. Banyak yang aku fikirkan soal kewangan. Aku mula merancang perbelanjaan dengan teliti.

Tapi alhamdulillah, rezeki Allah beri... apa yang aku dapat lebih dari apa yang aku perlukan. Aku ini orangnya, hidup dengan perancangan. Sebelum praktikal, aku hanya membuat target yang aku kumpul duit hanya untuk aku lepas bayar yuran pengajian dan untuk menampung hidup. Bila matlamat sudah tercapai... 

Aku jadi tak tahu apa mahu buat dengan duit yang ada sebab aku sudah dapat apa yang aku perlukan. Aku tak tahu apa nak beli, sepertinya tiada keinginan. Walaupun dalam hati aku mahukan kamera polaroid, tapi keinginan hati aku itu... tidak kuat. tak sampai hangathangat tahi ayam pun. suam pun tak. kiranya macam................... memang taknak pun. ahaha.. tapi, aku tetap mahu beli sesuatu dengan duit tersebut.

Lama aku berfikir, akhirnya aku memutuskan untuk beli brang yang nilainya ratusratus ringgit (barangbarang aku harga rm10 je. hehe).. yang aku kira, paling mahal pernah aku belanjakan....... tapi bukan untuk diri sendiri.. untuk orang lain. 

sampai sekarang, aku masih mencarimencari asbab, kenapa aku perlu kumpul duit. Mesti ramai yang kata.. kumpul la duit untuk kawennnnnnnnnnnnnnnnnnnnn. tapi, entah kenapa.. aku tak termotivasi untuk itu. bukanlah sebab aku takde calon, jadi aku tak fikir pasal kawen.. sekarang ini, aku sedang berdoa pada Allah agar memudahkan urusan sekiranya orang yang aku suka dalam diam itu, jodoh aku. hee 

aku cuma mahukan satu asbab yang bermakna dan istimewa. 
satu asbab yang tidak melalaikan aku untuk satu benda yang tak pasti contohnya soal kahwin. 
satu asbab yang Allah redha dan meningkatkan iman.

alhamdulillah, aku dah jumpa. 

Menjadi tetamu Allah.

Ayuh kita bekerja keras untuk itu! Doakan.

p/s: pasang strategi nak manage kerja part time macam mana. hee
 
 

No comments: