ensiyahmuhammad

Wednesday, October 22, 2014

Dari Hati

CONVEST'14 baru sahaja melabuhkan tirai. Memang sejak berakhirnya STABAZ'14, sudah terdetik dalam hati aku mahu keluarkan satu pendapat yang aku kira untuk kebaikan universiti ku sendiri. Bukan untuk membandingkan program siapa yang lebih baik.

Berpeluang menjadi komiti untuk keduadua program, membolehkan aku tahu serba sedikit tentang pengurusan mereka. Sejujurnya, keduadua program mengamalkan cara pengurusan yang sangat berbeza, mungkin kerana keduanya berada di bawah department yang berbeza. 

Setiap tahun, CONVEST akan mengadakan pelbagai program dan setiap program akan ada ahlijawatankuasa mereka tersendiri... dari Program Manager hingglah kepada subcom untuk setiap biro. Dan mereka mempunyai central committee yang akan dibahagikan untuk monitor perkembangan program. Setiap satu program boleh mencecah hingga 40 - 50 komiti, terpulang kepada saiz program tersebut. Jika CONVEST ada lapan (8) program.. Jadi, tidak hairanlah jika komiti CONVEST secara keseluruhannya mencecah hingga 400 orang!

Manakala STABAZ, mereka juga ada pelbagai program. Tapi mereka bergerak ikut biro. Biro-biro yang ada dalam STABAZ ialah main committee (setanding dengan central committee dalam convest), biro stabaz, biro program coordinator, biro special task, biro aktiviti, biro catering, biro prep and and tech, biro LSS, biro public relation, biro exhibitor dan biro pubpro. dan total komiti STABAZ, hanya mencecah 130! 
 
Dari segi program, ternyata program STABAZ lebih banyak dari CONVEST. Setiap hari ada program, setiap malam ada program besar. Tapi tidak dengan CONVEST, hanya pada hari tertentu dan waktuwaktu tertentu sahaja ada program. Bukan berterusan. 

STABAZ yang ku lihat, sangat kukuh dari segi kewangan dan tajaan.. satu elemen yang sangat kurang dalam CONVEST. Tapi, oleh kerana STABAZ bergerak mengikut biro, kekurangan yang aku lihat pada STABAZ ialah, komiti kurang tahu perkembangan untuk setiap program. Contohnya, aku person-in-charge dari biro PC untuk program kids fashion show.. jadi aku perlu hubungi PIC biro PR untuk kids fashion show untuk tahu bilangan peserta dan aku perlu hubungi PIC biro ST untuk tahu hadiah apa yang mereka sediakan utk Kids fashion show dan lainlain. Masalah akan timbul bila PIC yang dihubungi tidak respon dengan cepat atau PIC bertukar orang. 

Besar hati aku untuk melihat CONVEST dan STABAZ bergabung kerana orang luar yang melihat keduadua program ini adalah satu. Mereka hanya melihat kemeriahan. CONVEST boleh belajar dari STABAZ bagaimana mahu mendapatkan penajaan dan STABAZ boleh menggunakan tenaga kerja CONVEST untuk sama sama memeriahkan STABAZ. 
 
Aku mencuba untuk berikan lebih banyak isi. Tapi ternyata ini yang aku mampu. Aku berkatakata kerana aku sayangkan universiti ku. Kita bukan bertanding mahu lihat siapa yang lebih hebat. Kita bukan mahu buktikan program siapa yang lebih berjaya. Aku hanya mahu kita samasama menjaga nama universiti kita. 

Kerana aku sayangkan universiti ini. Tempat aku mendapatkan ilmu. 
tempat aku sentiasa berada di tamantaman syurga. 
Tempat aku belajar untuk jadi orang berakhlak.

Taman Ilmu dan Budi

No comments: