ensiyahmuhammad

Tuesday, October 21, 2014

CL

CL tu singkatan untuk Che Lan atau nama sebenarnya Mohd Radzlan. Aku termotivasi untuk update blog malam ni sebab petang tadi terserempak dengan dia dekat kedai fotostat Econs. Itu pun nasib baik dia yang tegur aku. Aku tak perasan pun dia sebenarnya, tengah khusyuk menikmati keenakan coklat Cloud 9. yummy~~

Kami sempatlah borak sekejap berkaitan soal hati aku yang kecewa. hahahaha poyo sungguh. 

Sebenarnya, bila aku terpandang Che Lan ni, aku terimbau semula kenangan 4 tahun lepas. Kami ni kenal sebab sekelas masa CELPAD. Kami pernah samasama pergi main Ice Skating dan mamat ni punya loghat Kedah sangatlah pekat sampaikan aku pernah mintak dia ulang tiga kali sebab aku tak faham. ~_~ Tapi dia nie okay je nak ulang balik. Senyum je. Tapi tak tau la kalau kat hati dia nak hempuk aku yang tak fahamfaham ni. huhu

Masa tu, dia aktif sangat dengan blog dan rajin jugak la komen kat blog aku. tapi masa tu aku pakai blog lain. huhu sekarang, dah krik krik sikit dah dekat blog. haha

Cepatnya masa berlalu, bila dah masuk kulliyyah. Aku dah start aktif dengan kelab dan program. Dia pulak dengan Suksis. Dia ada kisah hidup dia sendiri, bentuk fizikal dia pun dah tak sama macam dulu. kini makin gagah gituuu. cewah... Aku pun dah membentuk kisah hidup aku sendiri. Jatuh bangun aku dan tak sedar masa berlalu dengan sangat pantas.

Sekarang, dah tak lama dah waktu yang ada dekat UIA ni. Ada yang dah grad, ada yang tinggal final sem dan banyak lagi. Dalam kelas Celpad tu, masingmasing dah corak hidup masingmasing. Perubahan jelas sangat. Rindu sebenarnya nak kumpul balik --- tapi ini satu perkara yang agak sukar nak dilaksanakan. 

Bila aku ceritakan betapa aku rindu masa zaman CELPAD dulu kepada senior , pada masa semua orang belum berubah.

kata dia...,

"Orang muda mencipta pengalaman,
Orang tua mengenang kenangan.
Rasanya sekarang kita kategori yang mana?"

Haha terkena aku.

Tak kiralah kita berada di mana dan apa pun yang kita buat. Mogamoga setiap tindakan kita itu Allah redha. Memang dalam hidup kita akan terlupa dan berbuat dosa, tapi jangan kerana dosa tersebut kita taknak maju ke hadapan. Taubat sentiasa. Rahmat Allah itu luas. 

Mungkin perjumpaan jasad itu sukar untuk diadakan, mohon ikatan hati dalam doa tidak terputus. 

InsyaAllah, en tak pernah lupa kawankawan en.

No comments: