ensiyahmuhammad

Monday, October 27, 2014

CitaCita

Sekarang pukul 2pagi. Aku baru  je selesai cubaan untuk homework untuk subject yang aku paling takut sekali. Dah dua kali aku ambil, tapi aku drop. Untuk semester ini, memang tak boleh untuk aku drop. Kena ambil juga. Subjek tahun ketiga sebenarnya, tapi aku tak pernah ada keberanian untuk ambil. Natijahnya kini, aku yang 'tua' dalam kelas tersebut. Err Oh tidak mengapalah, salah betul jawapan aku. kita lihat pada kelas pagi nanti. hee 

Dulu masa kecikkecik, bila cikgu tanya kita nak jadi apa, jawapan standard yang aku bagi, 

"Doktor, Polis, Guru"

Dari darjah satu sampailah darjah enam, itu jelah yang aku ulangulang. Bila masuk sekolah menengah, kekuatan dalam math, bila masuk form4, dapat kelas biologi, tapi hati kuat pada akaun, tapi entah kenapa, masa tu takde kekuatan nak mintak tukar kelas. Sampai form 6, tetap ambik biologi. Ikut hati, lepas form 6, nak continue je medic, tapi masa tu, hati cakap;

"Lepas ni, takde trial and error dah. Kau kena stick dengan apa yang kau pilih. Takkan kalau amek medic, nanti setengah jalan, kau nak math pulak. Mana boleh macam tu"

Masa tu, perang dalam hati nak medic or nak accounting, sangat kuat. Siyes, sangat kuat. Aku antara orang yang paling lambat isi borng UPU. Dipendekkan cerita, selepas lama, aku stick nak karier yang ada kirakira. Akhirnya, aku pilih Pendidikan Matematik. Tapi aku gagal peringkat temuduga. Rezeki di bidang accounting. 

Alhamdulillah. Dah la dapat dekat dengan rumah. Satu keluarga happy. huhu Aku lagi super happy. Anak manja sangaatttttttt. haha

Semakin meningkat dewasa, semakin aku faham ilmu agama, semakin banyak pengalaman hidup aku. aku semakin paham yang kejayaan bukanlah diukur pada karier sematamata.. 

Dan kini citacita aku makin berkembang. Apa citacita aku?

Sebagai seorang anak. aku mahu jadi seorang anak yang menjadi asbab ibu bapa dan seluruh ahli keluarganya masuk ke syurga. Memang, memang aku banyak dosa. Banyak sangatsangat. Andaikata dosa itu berbau, takde sapa pun yang akan dekat dengan aku dek kerana terlampau busuknya dosa tersebut. Tapi, aku yakinkan diri aku, aku mampu untuk berubah. Aku mohon agar Allah ampunkan dosadosa aku. dan kita semua. 

Sebagai seorang isteri dan ibu (InsyaALLAh), aku mahu jadi seorang isteri yang taat pada suami, yang faham susah senang suami. seorang ibu yang penyayang, yang boleh ajarkan akhlakakhlak yang baik pada anakanak, yang mendidik anak dengan penuh hikmah dan menjadi idol yang terbaik untuk mereka. 

Sebagai pelajar, aku mahu jadi seorang graduan yang memiliki Ijazah Perakauanan dengan Kepujian, siap dengan kelayakan profesional. Aku berdoa agar diberikan rezeki untuk sampai ke peringkat PhD. Bukan gelaran yang aku kejar kerana aku tahu jika dengan gelaran akan membuatkan ramai lagi orang rasa inferior dengan aku, apa guna? Aku hanya berniat mahu menjadi inspirasi kepada anakanak miskin di luar sana agar tidak putus asa dan cemerlang dalam pelajaran.Untuk masa sekarang, cukup aku kongsikan ini sahaja.Capai satu persatu, baru boleh bercerita lebih :) Doakan agar aku tidak lelah dalam pencarian ini. 

Sebagai perempuan, aku mahu menjadi seorang wanita solehah yang serba boleh. Aku tidak tega untuk melihat perempuan itu dilabel lembik. Tidak. Perempuan itu lemah lembut, dalam lemah lembut ada lasaknya, dalam manjanya ada ketegasannya dan lainlain. 

Aku mahu kembangkan apa sahaja bakat yang aku ada. haha

Aku mahu menjadi seorang peniaga yang berikan peluang perniagaan pada orang lain. Acapkali aku berangan mahu membuka franchise pisang goreng yang berikan peluang pada ibu tunggal untuk berniaga. Cewah. Sedangkan aku sendiri mahu berniaga, ketakutan sering saja menghantui diri. 

Aku sedang membina keyakinan. Keyakinan bukan boleh di bina dalam satu malam. 

Allah yang tahu apa yang terbaik untuk hidup aku dan sekalian makhluk. 

p/s: Ketika hati mati, mulut terkunci, mata pun buta, telinga pun tuli

No comments: