ensiyahmuhammad

Saturday, September 6, 2014

Terharu

"Hai. Awak yang kerja kat kaunter tu kan?"
"Iye pakcik"
"Tak kerja ke hari ni? Rajinnya duduk sini"
"oh tak pakcik. Hari ni saya cuti. Ada kerja sikit. hee"
"Awak yang UUM tu kan?"
"Bukan bukan. saya..." belum sempat menjawab sudah dipotong
"Ooo awak yang UIA tu. kan?"
"Iye.. betulbetul. Wahh pakcik ingat. terima kasih pakcik! Yang UUM tu dah balik Kedah da"
"Dia dah tak keja la?"
"Hee dah tak pakcik"
"ok... selamat siapkan kerja ye"
"Terima kasih pakcik tegur. Hati hati"

Sungguhla, bila orang ingat kita dalam kebanyakan orang, sangatlah rasa di hargai. Jujurnya, aku terharu. Sedangkan kita ini bukan siapa siapa. Bukan artis terkenal. Bukan orang kaya banyak harta. Hanya seorang penjaga kaunter yang biasabiasa.

Sungguh, betapa sentiasa menunjukkan akhlak yang baik itu sangat penting kerana kita tidak pernah tahu siapa yang sedang memandang kita. Siapa yang sedang mengambil ibrah dari kebaikan yang kita tunjukkan. 

Dan aku...... belajar akhlak yang mulia dari pakcik ini.

Pakcik, semoga Allah berikan ganjaran syurga buatmu.
Terima kasih Allah untuk ini

:)

Taman Permata
6 September 2014

No comments: