ensiyahmuhammad

Monday, September 29, 2014

Fokus

Suatu pengalaman terindah menjadi seorang pelajar adalah,
"tak cukup tidur sebab siapkan esaimen"
ini bukan sarkastik. Ini serius.

nantinanti, bila aku ada anak.
boleh aku cerita dekat anak.
"sabarlah buat esaimen, Ibu masa belajar pun macam tu jugak. tak tidur satu malam pun pena"

Aku suka rasa ini, sebab aku sedar yang aku sedang tunaikan tanggungjawab aku.
Kadang aku rasa lelah, Kadang aku rasa tak mampu lagi nak teruskan.
Entah dari mana semangat datang, tidur dua jam sahaja itu sangat terasa nikmat.

Bekerja pagi, balik malam. Ikutkan tenaga
Sudah tiada lagi tenaga yang tinggal.
Mahu tidur dan lupakan sahaja semua.
Tapi, tak boleh.
Hati aku, takkan pernah tenang susahkan orang lain.

Dalam hidup, apa pun yang kita buat,
kita perlu ada target dan fokus.
dan sekarang,
aku sudah punya target
tapi fokus seakan-akan goyah.

untuk itu,
aku terpaksa abaikan beberapa perkara
untuk aku fokus.

Zimah, Aisyah, Ika.
Maafkan en.
Nantinanti, en akan hubungi kalian semula.
Doakan en.

No comments: