ensiyahmuhammad

Monday, July 14, 2014

Tulis

Salam malam nuzul quran.

Tenang malam ni. Alhamdulillah.

Dari siang tadi, asyik teringatkan arwah ayah. Moga bulan Ramadhan yang mulia ini, arwah ayah tenang saja di sana.

Teringat katakata seorang penyampai yang aku hormati pada julungjulung kem yang aku pergi. Katanya,

"Kajian mendapati, orang yang menulis apa apa yang diingininya lebih dekat kepada kejayaan, atau tidak sekurangkurangnya dalam hidupnya ada perancangan" 

dan barubaru ini, ada seorang akak berkata seperti ini,

"Dulu akak pernah pergi dengar ceramah kat masjid, ustaz cakap, kita kena tulis apa yang kita nak, insyaAllah Allah mudahkan. Akak cuba buat apa yang ustaz ajar. Akak tulis akak nak kerja lepas konvo, alhamdulillah akak dapat."

Dan aku tak pernah ragu atas kuasa doa.

Oleh itu, apa yang aku mahu pada Ramadhan ini....

aku mahu khatam alquran di bulan Ramadhan
aku mahu khatam alquran di bulan Ramadhan
aku mahu khatam alquran di bulan Ramadhan

Bulan ramadhan bulan alquran.
Bulan ramadhan bulan keampunan.

Ya allah, Tuhan yang Maha Pengampun dan suka berikan keampunan, maka, ampunkanlah dosadosaku :(

No comments: