ensiyahmuhammad

Monday, July 7, 2014

bangunlah

ini harihari terakhir. entah kenapa aku rasa sayu. pergerakan tidak selincah biasa. bagaikan hanya memilih mahu berdiam saja dari bercakap. entah kenapa, bila aku memandang sesiapa.. aku rasakan seperti itu pandangan terakhir. dan sememangnya, memang itu akan menjadi terakhir andai kata jodoh tiada untuk bersemuka selepas ini. 

penantian demi penantian, sememangnya ini apa yang aku mahukan sejak beberapa bulan yang lalu. tapi bila tiba waktunya seakan aku rasa aku tidak mahu semua ini berakhir. aku tidak mahu rasa yang aku alami ini berakhir. 

malammalam sukar aku lelapkan mata. entahkan kenapa. takkan aku sudah jatuh sayang? Uhh. semestinya tidak. mungkin aku akan rindukan suasana bising seperti ini kerana selepas ini, aku bakal berseorangan. bercakap dengan teknologi tidak sama dengan bercakap dengan manusia secara berdepan. tiada sentuhan rasa. 

sejak akhirakhir ini juga, malammalamku ditemani air mata. aku rasa sedih. aku rasa seperti ditinggalkan. atau, aku bakal meninggalkan semua ini. hatiku cepat terguris. kadangkadang aku rasa, aku tidak mhu jumpa dengan orang luar yang bukan keluarga aku sebab mereka.. walau serapat mana mereka dengan aku, mereka pasti meninggalkan ku. keluarga juga begitu. tapi keluarga tetap ada dengan aku, tidak kira bagaimana buruk rupa aku. 

ah. aku sudah melalut jauh. 

bangunlah. 

No comments: