ensiyahmuhammad

Wednesday, April 2, 2014

Pre Ujian

Ini yang saya kongsikan di Facebook;

[Ini bukan April Fool]

Pagi ni, keluar umah sebelum pukul 8, macam harihari biasa pergi kerja di kepong. Tapi hari ni, berbeza dengan harihari yg sebelumnya.

Ditakdirkan, kain termasuk dlm rantai dan mengakibatkan sy terus tergolek dan terseret. Kejadian berlaku di flyover selayang. Bila sy buka mata sy tengok ada lori dah berhenti.

Tapi apa yg sy nak share bkn psl sy nk kecoh sy accident.

Ibrah (pengajaran) yg sy dpt. Sy terus sedar tak elok nk simpan marah dkt org lamalama. Bila kita meninggal dgn bawak sama perasaan marah tu, kita tak dapat apaapa. Dahla pahala sikit, dosa melambak. Sakit yg sy tanggung, lagi xsanggup sy nk than seksa neraka.

Alhamdulillah Allah takdirkan takde kenderaan yg gilis sy. Tgn knn sy masih boleh menaip

Kita takkan tahu bila ajal kita. Semua org sedar. Tapi bila sy sendiri yg berada dlm keadaan ni, betapa ayat ini sgt memberi kesan.

Jadi, setiap saat dlm hidup kita, kumpullah pahala. Berwuduklah. Solatlah sepertimana itu solat terakhir. Beri kemaafan walau bkn slh kita sbb hati kita perlukan ketenangan. Byr hutang klau xnak roh tergantung. Sayangi dan hargai org disekeliling kita. Sampaikan ilmu yg bermanfaat. Tutuplah aurat dgn sempurna.

1000thn didunia sama dgn 1hari diakhirat. Kalau ditakdirkn kita hidup 60thn. Berapa lama je kita kat dunia kalau nk compare dgn akhirat? Satu jam 40minit je

Renungrenungkan

Saya minta maaf untuk semua salah sy.

P/s: insyaallah ujian ini kafarah dosa.

Dan ini, yang saya tidak kongsikan di Facebook. 

Sehari sebelum kejadian, Alhamdulillah saya dapat siapkan satu audit report dan saya susun siapsiap dokumen yang perlu untuk dikaji untuk hari esok. Kebiasaannya, saya akan bawa laptop syarikat untuk siapkan kerja yang tertunggak di rumah. Tapi tidak hari itu, saya pulang dari pejabat tanpa membawa laptop.  Sedangkan, saya masih ada dua audit report yang perlu disiapkan. Jadi malam itu, saya berehat.

Malamnya, saya sediakan baju kurung sekali dengan tudung untuk dipakai pada hari esok. Pada pagi esoknya, selepas mandi terdetak di hati saya mahu pkai dress dengan cardigan. Saya terus ambil dan sarung kerana tidak perlu digosok. hee

Kebiasaannya, saya akan keluar umah kol7.30pagi untuk ke tempat kerja. Tapi hari itu, saya keluar umah pukul8pagi usai mengisi borang untuk menjadi komiti pesta konvokesyen tahun ini. Kebiasaanya, jika saya keluar pukul8pagi, saya akan bawa selajulajunya sebab risau lambat. Tapi tidak pada hari itu, saya bawa motor dengan kelajuan 40km/j dengan tenang menikmati pemandangan. 

Tibatiba, saya tergolek dan terseret, saya tak pasti berapa jauh. Bila saya buka mata, saya nampak lori. Saya lihat ramai org memandang ke arah saya dan barangbarang saya semua bersepah. Orang ramai papah saya ke tepi flyover. Mereka tanya ada sakit kat mana mana? Tapi saya cuma diam membisu. 

Yang saya nampak pada ketika itu, "Allah, ampunkan aku ya Allah, aku tak mahu pulang kepadamu dengan membawa rasa dendam" Lantas ketika itu, yang saya fikirkan, saya harus menghubungi orang yang menzalimi saya. 

Selepas pulang dari klinik, saya masih lagi lemah. Tangan saya masih bengkak. Tapi saya gagahkan juga hubungi orang tersebut. Saya minta maaf kerana menyimpan sakit hati sebegitu lama. Tapi orang itu tidak membalas. Entahkan sampai atau tidak mesej tersebut, saya mohon biarlah mesej tersebut jadi bukti di padang masyar nanti yang saya mahu hentikan persengketaan.

Kecederaan yang saya amali tidakla berat, luka ringan saja, cuma 3 jari kiri saya belum boleh berfungsi lagi seperti biasa. Masih lemah. Masih bengkak. 

Saya tidak boleh bayangkan kecederaan yang mana jika saya membawa laptop bersama. Beban berat yang saya pikul pasti berikan hentaman yang lebih dasyat kerana inertia. Dan saya takkan mampu untuk menanggung kerugian yang sebegitu banyak. 

Allahurabbi. Cantik Allah susun. Allah tahu hanya ini kemampuan saya menghadapi ujian. 

Alhamdulillah, hati kini lebih tenang. :)

No comments: