ensiyahmuhammad

Thursday, April 3, 2014

Insan lemah

"Mak, kuku yang tercabut nie boleh tumbuh lagi ke?

Mak diam sejenak.. dan berkata

"Susah sikit nak tumbuh semula. kiranya, macam dah mati kuku tu?"

Aku diam... Sebak.

Diamdiam aku menangis, Menangis kerana selepas ini pasti jariku tidak normal lagi.

Mak sedih melihat aku menangis.

"Janganlah nangis, syukurlah sekurangkurangnya cuma kuku yang rosak. Anak jiran bawah lagi teruk, mata buta sebelah. Janganlah nangis. Mak sedih"

Aku berhenti menangis tapi aku masih sedih.

Semua adik beradik aku turut bersedih.

Semalam, sebelum aku makan ubat. Aku pitam sekejap. Mujur adik ada.
Mahu bukak plastik ubat pun aku tak mampu.
Mahu tuang air ke dalam bekas pun, air habis tumpah merata.
Mahu mandi pakai baju pun aku lemah.
Mahu berwuduk pun, aku sapu air mana yang terdaya.
Mahu solat, tgn kiri tak dapat angkat takbir sama.

Allah.

Baru luka sekecil ini, banyak sudah kesukaran yang aku alami.
Luka di lutut masih belum kering, bila kain terkena pada luka tersebut.
Allahu rabbi.

Betapa aku insan yang sangatsangat lemah.

No comments: