ensiyahmuhammad

Monday, April 7, 2014

100hari

Hari ini, aku tonton satu cerita, "Renungan Ajal", ada satu babak dimana.. kejap.. aku kongsikan di status facebook, ini...

Hari ini, aku tonton satu cerita, ada satu babak, si ketua mahu beri pelajaran kepada anak buah yang mengumpat, diberinya satu bekas daging mentah, dan disuruh makan. supaya, bila si anak buah mahu mengumpat lagi, dia ingat rasa daging mentah tersebut.
erk. muntah!
"mengumpat ibarat makan daging manusia yang diumpat" err

Aku ini, bukan semuanya aku kongsikan di Facebook, mana yang aku rasa aku mahu saja. Hehe Aku lebih suka bercerita di sini, yang tak punya ramai pembaca.

Sebenarnya, si anak buah takdelah makan sampai habis daging mentah tersebut, hanya sesuap saja, tapi itupun dengan susah payah dan mahu termuntah. Aku rasa, sangat berhikmah cara si ketua berdakwah. Lepas nie, boleh aku apply dekat orang lain. :)


*********************************************************

Cerita ini mengenai seorang lelaki yang diberi anugerah merasakan tanda 100 hari sebelum kematiannya.

Betapa dalam 100hari, dia banyak termenung, solat taubat. mohon ampun kepada allah untuk dirinya, keluarganya, saudarmara, jirangjiran, orangorang yang dipimpinnya dan semua orang.

Allahurabbi, rasanya doa aku selama ini ada kepincangan. Aku tak pernah doa untuk jiranjiran ku. :'(

InsyaAllah, boleh mulakan dari sekarang, selagi punya masa. :)




No comments: