ensiyahmuhammad

Sunday, March 30, 2014

Rupa

Ini kisah tentang aku, rupa dan cinta.
 
Sejak kecil, aku memang seorang yang kurus dan gelap. Aku tak pandai senyum, tak pandai bergaul, apatah lagi berfesyen. Aku punya perasaan rendah diri yang sangat tinggi. Aku tak tahu apa kelebihan yang aku punya. Aku selalu lihat apa yang ada pada orang lain. dan aku....... jarang mahu bermesra dengan orang lain.

Tapi semakin meningkat dewasa, sikit demi sedikit aku atasi kekurangan aku. Aku belajar untuk senyum depan kamera, aku belajar untuk jadi seorang pemimpin, aku belajar untuk yakin yang aku tetap punya kelebihan yang belum aku terokai. Sampaikan ramai orang melabel aku orang yang peramah.

Namun, ada suatu perkara yang dari dulu sampai sekarang memang tak berubah. 
Aku tak percaya bila ada lelaki yang meluah kata cinta. 
 
Tapi aku ini insan biasa. Naluri aku tetap inginkan pasangan. Memang itu fittah manusia kan? Jadinya bila ada lelaki yang meluahkan rasa, aku hanya tersenyum sendiri dan menghargai perasaan itu, walaupun aku masih meragui entahkan betul entahkan tidak
 
Bukan mudah untuk aku terima seseorang. Bila aku terima, aku tak pernah anggap itu sebagai mainan. Bukan senang aku mahu percaya pada orang.
 
Hati aku sakit bila aku ditipu. Kenapa bila aku sudah berikan hati, lantas aku ditipu? Dalam hati, perkara pertama yang terlintas, "Kan kau pun dah tahu, yang kau tu tak ada rupa, tak ada harta, tak ada daya penarik, macam mana kau boleh percaya?"
 
Aku tak boleh lari dari membenci, dari berdendam. Walaupun perasaan negatif itu sebenarnya hanya menyakitkan diri aku sendiri, tapi sifat buruk aku, sukar untuk aku memaafkan dan melupakan. Aku perlu masa. 

Tidak sedikit air mata aku tumpah. Tidak sedikit semangat yang aku tumpul. Sering kali katakata yang menyakitkan hati terngiang di telinga. Dan itu hanya makin menyedihkan aku. Tidak sedikit masa yang aku ambil untuk pulih. 

Aku seringkali tak faham, bagaimana ada insan yang mampu berbahagia bila buat orang lain menderita? Tak rasa bersalah kah? Tak rasa berdosa kah?

Aku selalu yakin yang bila laki menyukai seorang perempuan, kerana mereka melihat rupa parasnya dahulu dan kemudian, barulah melihat akhlaknya. 

Antara sebab kenapa bila aku jadi photographer, ada suatu masa dalam diri aku, aku tidak mahu orang melihat rupa aku, kerana aku merasakan, aku hanya merosakkan gambar. wujudnya aku dalam gambar hanya mencacatkan pemandangan. 

Tapi ada suatu masa, memang aku caricari peluang nak menepek dimanamana sahaja. Sebab, aku mahu orang teliti rupa aku dan lihat, aku juga cantik, walaupun aku gelap. Aku juga cantik, walaupun hidung aku kembang, aku juga cantik walau aku bentuk badan aku bukan macam gitar.

Pepatah Inggeris berkata, Don't judge a book by its cover. Tapi, kita manusia, we do judge book by its cover. Setiap kali fikirkan kenyataan ini, "sabar, nikmati saja hidup. jangan lukakan hati orang lain kerana engkau tak mahu jadi orang yang buta mata hati"

Bila ada orang yang berdepan masalah dengan perlu memilih kerana terima banyak pinangan, aku sering tersenyum sendiri dan terdetik, "untung jadi orang comel, orang punya harta, orang punya rupa, banyak orang suka. moga Allah berikan ilham untuk memilih yang terbaik"

Dan aku, aku masih dalam fobia. 
Jujur. Aku sangat fobia. 

Apa yang aku doa, jika memang ada insan yang Allah tuliskan di Loh Mahfuz untuk aku, insan yang boleh layan keluargaku sebaiknya, insan yang jujur dengan perasaannya terhadap aku. Maka mudahkan urusan kami, dan jika belum sampai masanya, maka berikanlah aku kesabaran hingga sampai tepat pada waktunya. Dan aku tak pernah lupa untuk memohon, agar Allah lembutkan hatiku supaya mudah memaafkan. 

p/s: Anakanak, jika kau ditakdirkan untuk hidup di dunia ini, maafkan ibu kerana ibu masih belum punya hati pemaaf.



No comments: