ensiyahmuhammad

Thursday, March 27, 2014

haiyark (-_-")

Semalam aku pergi statutory audit, betulbetul bersebelahan dengan Petaling Street. Oh, sudah lama aku tidak menjejakkan kaki ke kawasan tersebut. 

Aku nampak satu kejadian, yang aku kira, aku tidak akan jumpa lagi di manamana, erm.. maksud aku, di sekitar Kuala Lumpur ini. Kan kita orang yang bertamadun (errr..........................).

Di satu lorong dalam banyak loronglorong, aku melihat seorang lelaki, bersendiri. Lorong tersebut laluan untuk masuk ke tempat meletak kereta, aku dan temanku mahu masuk ke lorong itu, tapi hanya aku yang terlihat lelaki tersebut kerana temanku sedang memandang ke arah lain.

Aku kira lelaki itu sedang lakukan apa, ruparupanya........................... melepaskan hajat! dengan tanpa rasa bersalah. Muka slumber saja. =_=

Jaga-jaga, ini tanda ekonomi sedang menuju inflasi paras bahaya. 
30 sen pun berkira!

haiyark (-_-")

No comments: