ensiyahmuhammad

Monday, March 24, 2014

fikir

"Nc, aku dalam dilemma"
"kau pehal?"
"Budak tu nak kat aku balek"
"Ler.. tetiba je. dah tu?"
"Aku tak tau nak ke tak. Aku dah ada orang lain"
"dah tu. focus jela kat orang kau tu. lupakan jela yang budak tu"
"La.. kenapa pulak aku nak lupakan"
"sebab kau dah ada orang la"
"Hmmm..."
"Apa?"
"Aku rasa aku nak layan je duadua. Nanti bila aku da mampu nak nikah. Baru aku pilih"
"Kau pernah rasa tamparan kaki tak?"

**********************************************

Aku ingin meluahkan tentang rasa hati. tapi jari seperti enggan bergerak.
Mungkin Allah tidak izinkan untuk aku menulis, kerana itu bukan sesuatu yang bermanfaat.

cuma ingat ini satu,
sekali kau menyakiti hati orang lain. bermakna kau menzaliminya.
sekali kau lakukan itu. Kau tidak akan merasa ketenangan.
Bagaimana mahu rasa tenang jika pihak di zalimi tidak memaafkan engkau?

jaga hubungan dengan allah,
jaga hubungan dengan manusia.

berdosa dengan allah, mohon ampun dengan doa.
berdosa dengan manusia, berdepan dan minta maaf dengan dia.
atau... kau rela di akhirat sana menanggung dosa orang yang kau zalimi?
mampu?

buat keputusan dan tindakan fikir kehidupan masa hadapan.
kita hidup dua kali
sementara di dunia
selamanya di akhirat.

mahu bahagia sementara
atau mahu bahagia selamanya?

fikir.

No comments: