ensiyahmuhammad

Sunday, March 23, 2014

Dalam satu hari.

"All team, we have short meeting. Meeting room, now"

Begitulah arahan itu tersebut berbunyi. Di dalam meeting, kami diberitahu... salah sebuah syarikat yang dibawah tanggungjawab kami menanggung denda rm30 ribu garagara laporan audit lambat hantar. Dan atas alasan "negligence of auditor", syarikat perlu membayar rm30 ribu tersebut. 

"Until now, i didnt force you to stay up late. but if our condition is still like this, i mean.. slow. By right, I have no choice, we need to stay up late. Tido di ofis, mandi di ofis"

Begitulah si ketua berkata. dan kami semua dia seribu sahaja.

"started 1st of April, all staff and trainee need to go back between 6.30pm and 8.30pm. On the saturday, need to work for 4 hours"

Begitulah lebih kurang notis itu berbunyi. Aku hanya pandang sekali lalu sahaja.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Memang, memang bukan Aisyah yang audit yang menanggung denda rm30ribu. 
Tapi sekarang, Aisyah sangat stress... 

Bayangkan. Bayangkan......

Aisyah ada 3 syarikat yang sedang dalam final draft. 
satu syarikat yang telah di audit, tapi draft report belum start lagi.

semua keempatempat syarikat, mahukan report sebelum mac berakhir.
dan esok, Aisyah perlu pergi ke syarikat client untuk audit. 

ini, mahukan report lambat sedikit. 

dan belum apa apa lagi. 

"Aisyah, I will give u another case in the future, XXX  Sdn Bhd"
"Not to forget, we got job to audit the gov at Penang. Most probably i will bring Aisyah and Fawaz for a week. Remember, we need to take care of our image since we are like the representative of private auditor to audit the govt. Be prepared, we will go by April or May"

dan Aisyah kena marah. 

"Aisyah, check email for february. Why u send the attachment of XXXXX. You know what, now they say are not professional!"
"Aisyah, it is not quotation but bill. If ................................."

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 Dalam satu hari, untuk Aisyah dengar semua ini, Aisyah tertekan. Sangat tertekan.

untuk Aisyah, menyiapkan satu report, perlukan sekurangkurangnya 4 hari. sebab Aisyah perlukan sehari untuk buat tax. 

Kalian, Aisyah mahu menangis. Mahu!

lantas.. kerana rasa tak mampu menanggung beban... 

Aisyah lari ke negeri lain. Penat, memang penat. Tapi baliknya, Aisyah dapat tidur yang sangat nyenyak.

Ikut hati, Aisyah mahu saja marah dengan semua orang. Aisyah bukan robot. Tlglah faham, Aisyah masih seorang trainee. Belum semua Aisyah mengerti. Kenapa, kenapa Aisyah diberikan tugasan yang begitu banyak?

Puas Aisyah pujuk diri sendiri, "Sabar Aisyah, sabar. Allah uji kamu kerana kamu boleh. Allah berikan kamu tugas yang banyak sebab Allah tak mahu Aisyah punya ruang untuk berfikir perkara yang tak sepatutnya, Allah mahu Aisyah fokus. Allah mahu Aisyah jadi orang yang berjaya. Allah mahu Aisyah berubah jadi orang yang pandai kawal emosi. Allah sedang  latih Aisyah untuk jadi orang yang kuat. Allah tahu Aisyah rindu kawankawan Aisyah. Allah tahu Aisyah rindu mahu bersama dengan mereka, berbual mesra dengan mereka. Allah tahu Aisyah mahu bebas seperti mana sebelum ini. Tapi Allah tahu apa yang terbaik untuk Aisyah. Terus pupuk rasa sabar dalam diri Aisyah. Aisyah kena sentiasa ingat, biarlah Aisyah bersusah payah, menangis dalam diam, menangis dalam terang. Apa yang penting, setiap di sebalik kejadian yang berlaku, Aisyah terus dan menerus belajar sesuatu. Aisyah perlu pastikan, selepas 6 bulan Aisyah practical, Aisyah punya satu kualiti yang terbaik untuk Aisyah tunjuk pada orang ramai. Ingat Aisyah, sekarang ini, Aisyah bukan sedang di uji tahap kecerdasan Aisyah sebagai seorang pelajar, tapi Aisyah sedang di uji, bagaimana untuk beramal dengan ilmu yang Aisyah pelajari. Memang, memang orang lain tak rasa apa yang Aisyah sedang alami, tapi Allah sentiasa faham dan Allah tak pernah tinggalkan Aisyah sendiri. Teruskan bersabar Aisyah. Allah sedang sediakan hadiah yang terindah untuk semua ini. Aisyah boleh!"

Aisyah.... tepis dulu rasa sedih ya?
Pelangi muncul pada saat yang tepat. :)

p/s: kerap sungguh kepala Aisyah rasa sakit. seringkali Aisyah rasa mual. entah kenapa. kalian, doakan Aisyah ya?
 

No comments: