ensiyahmuhammad

Sunday, March 30, 2014

Ayah

"Cuba tengok orang yang kerja buat bangunan tu"
"iye.. kenapa?"
"Dulu arwah ayah kerja macam tu"

***************************************************

Setiap kali orang tanya lelaki seperti apa yang aku inginkan, kerap kali jawapan aku "yang sabar dan tak menengking, macam arwah ayah"

Arwah ayah lelaki yang paling sabar pernah aku jumpa. 
Lelaki yang paling gigih. Lelaki yang paling manis senyumannya <3

Sepanjang aku sekolah rendah sampailah menengah, setiap kali aku terima anugerah, tak pernah sekali pun ayah terlepas peluang lihat aku di pentas. Cuma sejak Allah takdirkan ayah sakit, untuk SPM dan STPM, hanya aku sendiri di pentas tanpa siapasiapa. Sedikit rasa kehilangan dan terkilan, sempat juga aku merajuk, menangis dalam diam. Anak cengeng yang enggan dewasa. Tapi lamalama, aku belajar satu hikmah. Hidup bukan megah dengan banyaknya anugerah dari manusia.

Dibesarkan dalam keluarga serba yang tak punya, tetap aku tak pernah rasa kekurangan.

Setiap kali peperiksaan besar, lihat kawankawan dapat hadiah itu ini dari keluarga, kadangkadang timbul juga rasa cemburu di hati. Biasalah kanakkanak, penuh dengan keinginan. Alhamdulillah, setiap kali rasa memberontak itu sampai, ada suara dalam hati agar aku lihat semula, bagaimana susah payah ayah dan mak bekerja untuk pastikan aku dapat pendidikan. Akhirnya, setiap kali aku dapat deretan A, walaupun tanpa hadiah material, aku dapat lihat senyuman bangga mereka, dan itu sudah lebih dari cukup untuk aku. 

Ayah dan keluarga tak pernah tetapkan berapa banyak A yang aku harus peroleh, jurusan apa yang harus aku ambil, ke mana aku harus pergi. Dalam tidak sedar, ayah dan keluarga banyak beri peluang kepada aku untuk aku lihat sendiri potensi diri. Alhamdulillah.

Kebanyakan temantemanku sudah konvo. InsyaAllah giliranku akan muncul tahun hadapan. Moga Allah permudahkan urusan.

Walaupun ayah tiada untuk melihat aku genggam ijazah pertama. 
Aku mahu ayah berbahagia bila aku pimpian tangan dia ke syurga. 
Dan kami berada di syurga selamalamanya.
Kini aku, dalam perjuangan.

Berjuang untuk hadiahkan ijazah pertama kepada mak
Berjuang untuk jadi anak yang bawa ayah dan keluarga masuk ke syurga.

Entah kenapa, malam ini kuat ingatan aku pada arwah ayah. 
mungkin kerana sudah lama aku tidak ke kubur. 
rasanya, esok aku tahu kemana aku harus aku pergi.

Allah, haramkan api neraka membakar kulit ibu bapaku. 


No comments: