ensiyahmuhammad

Thursday, February 27, 2014

HariHari 1

Bangun pagi pukul 5. Masuk dapur, masak. Lepas tu siap untuk mandi, solat dan pergi kerja. Balik tidak menentu. Walaupun waktu pejabat hingga pukul5.30 petang, tapi selalunya Aisyah pulang pukul6.30 petang. 
Bila perlu (dan sebenarnya memang perlu), pukul8.30 malam baru keluar dari pejabat. Sampai di rumah, rehat sebentar dan fikir mahu masak apa.

Keluarkan ayam dari peti sejuk. Kadang masak sup, kadang masak kicap, kadang masak ala sos. Kadang masak kita hentam saja. Kalau dah malas sangat, potong bawang, potong cili. Bukak tin sardin. Masak. Ataupun, yang paling mudah, pecahkan telur. hehehe

Lepas makan, kemas bilik pula. Masuk bilik air, cuci baju kotor dan jemur. 
Tahu-tahu saja, bila melabuhkan badan ke lantai, sudah pukul11 malam. 
Tidur. 

Bangun semula pukul 5 pagi....
Hari-hari praktikal, ini rutin. 
***********************************

Dalam tak sedar, sudah hampir dua bulan Aisyah praktikal. Dalam tempoh ini, banyak perkara baru yang Aisyah pelajari. Tapi yang pasti, Aisyah sedang menimba ilmu untuk menjadi seorang ibu.

Bercerita tentang tempat praktikal....

InsyaAllah Aisyah akan bermastautin di tempat ini selama enam bulan. Jika tiada aral melintang, Aisyah akan kembali normal seperti harihari yang sebelum praktikal... sebelum raya menjelma. :D

Disini, Aisyah duduk di rumah yang syarikat sediakan. Rumah yang disediakan oleh syarikat hanya terletak sepuluh minit saja dari syarikat tempat Aisyah praktikal. Dekat. Segala kos bil air dan elektrik, ditanggung syarikat. Di rumah ini, ada 5 orang. 2 orang pekerja tetap dan kami 3 orang pelajar praktikal.

Di rumah, kami ada sistem akaun. Amboi, mentangmentang semua pekerja audit, dalam rumah pun nak aplikasi sistem akaun.  Ok lah kan, inilah baru namanya ada ilmu dan amalkan. hehe.

Kami lantik seorang akauntan. Tugas akauntan ni adalah untuk kumpul duit rumah sebanyak rm50 sebulan untuk beli barangbarang keperluan dapur dan apa saja yang perlu. 
Kami juga lantik seorang auditor. Tugas auditor adalah untuk tanya kedudukan wang dan dibelanjakan untuk apa. 

Untuk tugas memasak dan mengemas, itu terpulang kepada tahap kemampuan individu. Siapa yang free, masaklah. kemaslah. yang penting, rumah berkemas. 

Di tempat kerja... kami dibahagikan kepada kumpulan. ada 5 kumpulan. Dalam kumpulan Aisyah, menarik.
Kenapa menarik.. sebab kami 4 orang. 2 orang praktikal 2 orang pekerja tetap.
Kami; seoarang gadis cina sabah, seorang jejaka cina KL, seorang jejaka Thailand dan seorang gadis seberang..... hee Aisyah la tu.
InsyaALLAH kumpulan kami akan terima lagi dua orang pelajar praktikal. 

Sebagai seorang auditor, tugas Aisyah adalah untuk pastikan, akaun sesuatu syarikat itu adalah... errr sah? huhu Susah Aisyah nak terangkan. Tapi senang cerita... Aisyah kena banyak buat testing, call client kalau ada apa apa transaction yang tak jelas, tanya itu dan ini. 
segala pertanyaan itu perlu, sebab walaupun kami auditor. kami jugak perlu asingkan mana-mana transaksi yang berkaitan dengan tax. kami turut kira tax dan deferred tax.

Secara dasarnya, ada 2 jenis audit
- Field Audit
- Desk Audit

Field Audit atau audit lapangan.. maksudnya, kita akan pergi ke syarikat client dan kita akan buat di sana.
Auditor akan terus minta apa apa dokumen yang dikehendaki dari client dan sebarang persoalan, client harus jawab dengan cepat.
Field audit kadangkadang ambil masa satu hari. Tapi selalunya 2 hari. Kalau field audit, masa pulang tak menentu. Kadang client tutup ofis kol5.30 petang. jadi kami pun perlulah keluar dan sambung esoknya dan seterusnya hingga siap. Kadang, ada client yang tutup pukul 10malam. Jadi kami pun berkampunglah sampai pukul 10 malam. huhu

Best field audit, dapat jalanjalan. Kalau client jauh, lagi seronok. Tapi yang tak seronoknya kalau masa di sana, auditor cuai dan kurang dokumen yang perlu dirujuk. 

Desk audit maksudnya... segala resit, invois.. client yang akan hantar ke syarikat kami. dan kami buat kerja di syarikat kami. 
Kebiasaannya inilah kerja kami, desk audit. Jarang sebenarnya pergi field audit. tapi desk audit lagi relax sebenarnya sebab
kita buat kerja audit dengan tenang. hehe

Apa yang Aisyah lihat sekarang, seorang auditor selalu terikat dengan dateline. Sebab kalau terlebih dateline,
syarikat yang diaudit akan dikenakan penalti, denda dan kompaun. Kadangkadang angkanya mencecah puluhan ribu, malahan jutaan ringgit. Jadi tak hairanlah jika seorang auditor, akan balik malam. Kerana apa, sebab dia perlu abeskan segala testing mengikut due date.

Polisi syarikat, bila seorang auditor ada dapat kes baru (kes maksudnya syarikat yang perlu diaudit), dia perlu menghabiskan
dalam masa 3 hari (untuk syarikat biasa) dan 7 hari untuk syarikat besar. Bila sebut syarikat besar, selalunya hasil keuntungan syarikat pelanggan mencecah puluhan jutaan ringgit yang melibatkan banyak transaksi jual beli.

Dalam satu masa, seorang auditor tak semestinya hanya akan dapat satu kes. Kadangkadang sampai 3 kes sekaligus.

Alhamdulillah, Aisyah sekarang ada 3 kes di tangan yang due datenya..... 28hb februari. huhu 

Ya, Aisyah sedang berjuang untuk menghabiskan semua syarikat ini. 
Sebab itulah selalunya, harihari praktikal. Memang Aisyah tak pandang henpon. 

Di rumah Aisyah, susah sangat nak dapat line internet, tu yang susah nak online sangat :(

Maaf untuk semua kawankawan dan adikadik yang merasakan Aisyah makin jauh. 

No comments: