ensiyahmuhammad

Tuesday, January 21, 2014

Menjadi Aisyah..

Assalamualaikum

Hai. Menjadi Aisyah... aku suka. Sepertinya aku sedang berada di bumi yang asing. Memandang dunia dari tempat tinggi. Panorama yang segar dan diteruskan dengan bunyian indah dari kenderaan, menjadi melodi sehari-hari. Melihat kiri kanan, kadang kala, aku tak jumpa manusia yang bertona kulit sama seperti aku, banyaknya yang cerahcerah, dan aku kadangkadang perasan yang aku ini seperti bayang hitam yang halimunan, menunggu masa nak membaham para manusia. Muahahaa. 

eh tak. aku gurau. ehem ehem. 

Menjadi Aisyah... aku suka. Suasana di sini bagi aku tenang dan dihiasi dengan kejadiankejadian yang menarik. Tiap hari ada saja perkara baru yang aku lihat, contohnya, macam semalam, seorang penunggang motosikal dan sebuah kereta berlanggar, betulbetul sebelah aku. Dan aku memandang macam aku sedang menyaksikan sebuah cerita di panggung wayang, cumanya aku tak makan pop corn. 

Menjadi Aisyah... aku suka. Satu nama yang lembut tapi menurut aku perlukan keberanian yang tinggi. Hidup di sini Aisyah tak boleh cengeng. Hidup di sini Aisyah tidak boleh manja. Hidup di sini Aisyah harus kuat dan harus saling percaya. Hidup di sini Aisyah perlu belajar untuk tidak selalu merindu. Jika masa belajar dahulu Aisyah boleh pulang ke rumah sesuka hati. Tapi tidak sekarang, beribu jauh jaraknya. 

Menjadi Aisyah. selalu saja berperang dengan perasaan sendiri. 

uhh. bila rindu kampung halaman, oh Malaysiaku!

p/s: awak, jam awak setia bersama saya. rindu dekat awak. nanti kita jumpa ye. tunggu saya pulang :)

No comments: