ensiyahmuhammad

Monday, January 20, 2014

Belajar

Assalamualaikum

Hai. Nama aku Aisyah. Sekarang aku tidak berada di mana-mana institusi pengajian tinggi, tapi aku masih seorang pelajar. Dan aku pasti, selamanya aku memang seorang pelajar. Pelajar di sebuah universiti yang sampai bilabila aku takkan tahu gred aku berapa, sijil aku bagaimana, cikgu aku tak tetap, merata-rata, bahkan tidak kira usia. Mungkin lebih tua mungkin lebih muda. Mungkin berakal, mungkin juga tidak.Sampai bilabila juga aku tidak akan graduasi - selagi aku hidup.

Oh penatnya. 

Berada di universiti kehidupan memang penat. Selagi masih mampu menyedut oksigen dan menghembuskan karbon dioksida, sampai bila pun tiada yang pasti. Sesaat aku mungkin gembira, sesaat kemudian mungkin aku sedang menangis..

Tapi seronok, sebab takde silibus. Tak stress jugak sebab Guru Besar tak bagi markah ikut berapa banyak betul, tapi ikut berapa banyak usaha yang kita dah laburkan. Kalau buat salah pun, Guru Besar bagi lagi peluang bela diri, takdelah hentam terus. Guru Besar yang sangat baikkkkk. :D

Oh. Hai. Nama aku Aisyah dan aku kena berhenti sekarang. 

haiya 'ala falah!

2 comments:

Azri Othman said...

Kadang2 lagi best belajar kat luar unibesti, even take silibus, tapi kita akan belajar banyak perkara melalui pengalaman.

Good luck, teruskan belajar.

ensiyahmuhammad said...

betul!!!!!


terima kasih :D